ISLAM yang Asing, Ganjil.

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]

Aku quote hadis ini dari saifulislam.com.
Artikel ustaz hasrizal ini byk teladannya. kalau nak tau baca sini
aku tak nak ulas pasal artikel ni, cuma nak amik hadis ni je.
Bagi aku hadis ini menggambarkan situasi ISLAM di malaysia sekarang..
Menggambarkan perkembangan ISLAM di Malaysia sekarang...

ISLAM di Malaysia sekarang ganjil dan dagang.
Sama ada mengikut corong politik, sosial atau ekonomi. ISLAM dipandang ganjil.
ISLAM tidak diamalkan sepenuhnya, hanya untuk solat. Bukankah ganjil?
ISLAM tidak diamalkan sepenuhnya, Hanya Untuk Kahwin. Bukankah Ganjil?
ISLAM tidak di amalkan sepenuhnya, Hanya untuk di Masjid. Bukankah Ganjil?
ISLAM Tidak Diambil Kesemuanya, Tapi hanya menjadi rakan untuk Menentang Kezaliman..
ISLAM tidak diambil kesemuanya, Tapi hanya menjadi Alat mencari Sokongan..

Ganjil dalam hadis ini terpuji.
Siapa yang tergolong dalam ganjil ini, dia beruntung..
Siapa yang Tergolong dalam Ganjil ini, dia terselamat..

Tanya pada diri kita? Ganjilkah Kita?
Ketika orang perjuangkan Keadilan.. adakah Kita mahu keadilan untuk semua dan Keadilan ISLAM?!!

Ketika orang ingin menjaga hati Bukan ISLAM, adakah kita menjaga SYIAR ISLAM??
Ketika orang lain ingin Memerintah, adakah ISLAM Kita Diangkat Untuk Memerintah??

aku melontarkan soalan untuk mencari keganjilan..
Tetapi berjumpakah aku dengan Ganjil tersebut?
Kalian.. ada terjumpa??

tepuk dada tanya Iman,
Tepuk dahi, Keluarkan Akal,
Buka Mata, carilah cahaya!!!

ALLAHUAKBAR!!!

    0 comments: