laptop aku rosak laa..

laptop rosak..
nak wat kije pun susah..
terpakse cari laptop spare kat office..
sib baik ada.. bleh sambung wat kije..

hehehe..

kenapa Aku tulis Blog..

Kenapa aku berblog..??

sebenarnya aku takde satu sistem catatan untuk diri aku pun..
sebelum ni apa ku fikir, yang ter lintas di fikiran hilang begitu saje..
lagipun bukan aku nak tulis pasal privacy dlm blog ini..

citer2 umum, citer yang boleh membuatkan otak aku tak tidur, itu pun sudah cukup..
blog aku ni pun, member2 sendiri tarak tau..
hahaha.. sape nak baca blog ini.. baca laa..
mana boleh dikongsi.. kongsilaa..
mana yang baik.. amiklaa...
mana yang buruk.. kasi tau aku.. mana tau aku ni bengong ..

hidup ini satu perjalanan dan perjuangan..
perjuangan sudah tentu memerlukan matlamat..


aku juga busy dengan dunia aku..
busy dengan kerja aku.. busy dengan keluarga aku... baru anak sorang..huhuhu..
walaupun kerja aku busy, tapi aku suka kerja aku..
walaupun gaji tak seberapa.. tapi aku tak berapa kisah..( kadang2 kisah gak bila tak cukup duit).. hahahaha..

mungkin menulis blog ini dapat menghiburkan aku..
mungkin menulis blog ini, mengembangkan otak aku...
dan mungkin juga jari-jemari aku dapat digerakkan..

aku mahu dekatkan jiwa aku dengan ALLAH..
Aku mahu dekatkan keluarga aku dengan ALLAH..
Aku mahu kerja aku tidak membawa aku jauh dari ALLAH..

dan mungkin menulis di blog ini.. mebuat aku terus berfikir utk mendekatkan diri kepada ALLAH..

mungkin menulis dengan cara ini dapat membangkitkan jiwa aku yang sedang layu...

di samping itu, bila aku surfing kat blog orang lain..
boleh aku komen tanpa menggunakan anonymous.. yang jelas boleh ,menimbulkan fitnah..

sesungguhnya fitnah itu lebih dayshat dari memmbunuh..


manusia sudah tentu tidak sempurna.. tetapi kita harus menyempurnakan diri kita dengan nilai2 ISLAM..

bukti2 kebenaran ISLAM itu jelas dan lagi nyata..
AL-Quran.. alam ini, kejadian siang dan malam..
keajaiban komputer.. dan macam2 lagi..

kenapa aku berblog???

mungkin juga aku bosan... hehehe

Komputer dan Network-- part 1

Dunia ilmu ini memang luas..
nak menguasai semua ilmu di dunia adalah hampir mustahil..

bagi aku, dunia komputer amat menakjubkan dan mempunyai segala potensi..
Sungguh hebat ALLAH yang mengurniakan ilmu ini di akhir zaman..
segala permasalah pengiraan dapat dilakukan dengan komputer...

Komputer adalah untuk memudahkan..
Untuk memahami komputer, kita juga perlu memahami sejarah komputer dan pembangunannya..
dahulu, Komputer digunakan untuk mengeksploitasi angka..
kemudian digunakan untuk exploit data..
data ini disimbolkan oleh angka.. binary, hex atau decimal.a
dan simbol paling mudah ALLAH kurniakan Yes and No..

dan dlm sistem yang lebih mudah 1 dan 0..
dan dlm electronics circuits---- High and low..

Bagi membolehkan simbol ini diexploit, maka perlu ada processor..
maka processor digunakan untuk manipulate input dan menghasilkan output yang di mahu...

untuk mengawal processor ini, maka perlu pula language bagi membolehkan manusia berinteraksi dengan processor dan manipulate mengikut kemahuan sendiri..
maka lahirlah memori dan sebagainya...


dari gabungan 1 dan 0, maka terhasilah dunia maya yang kita guna sekarang..

SubhanALLAH, yang menciptakan semua ini..


dan aku, sekarang terlibat secara langsung dlm operasi network..
seorang engineer telekomunikasi...
directly involve in network installation and maintenance..
walaupun dah hampir empatb tahun bekerja, aku masih belum jemu meneroka dunia network ini..
semakin hari semakin byk benda kau tahu dan semakin banyak benda aku dapati aku terkebelakang..


--sambung nanti...

Blog orang pi KOmen.. blog sendiri tak update..

hahaha..
nak wat camne..
wa busy maa...
nak perah idea utk penulisan kat blog wa takde masa plak...

dah sebulan wa kat Terengganu.. testing siang malam.. tak sempat nak kembang idea utk satu penulisan.. kalu komen kat blog cepat sket.. sbb counter attack.. wakakaka..

malanm ni je tak standby utk migration equipment optic ni.. kalu tak..
hari2 balik malam... aisyah pun dah tido bila abi dah balik..

tapi seronok gak pegi komen kat blog orang..
tak bosan sgt aku bila duk pening2 cam ni.. wakaka