WALA- Isu dan manipulasi.

Wala dan Thiqah,
Dua perkataan yang menjadi bualan debat, terutama sekali dalam perkembangan politik PAS.
Sebenarnya perkataan ini hanyalah seperti perkataan biasa, namun kerana dalam bahasa Arab,
Maka ramailah yang cuba menghuraikannya,

Patuh dan Taat, itulah definisinya, bukan payah pun.

Isunya bermula bila ada pertembungan Kepimpinan, Krisis kepimpinan, maka ramai lah yang cuba menghuraikannya,
Baik pada yang Memimpin atau yang dipimpin-yakni penyokongnya.

Jika dulu, krisis Ulama vs profesional, Erdogan vs Konservatif dan sebagainya.

Sekarang, isu Hasan Ali, isu Arak dan Isu SELCAT.
Dan yang nyata, pemimpin2 yang terlibat seperti Dr Hasan Ali, Khalid Samad dan Dr Zul (MP kuala Selangor), masing2 hebat berhujah dan menegakkan perndirian masing2.

Tetapi pelik, Bila isu yang keluar,
Yang nyata, kebanyakan profesional menyalahkan Kepimpinan TG Haji hadi.
Lalu dicanang kelemahan karisma TGHH dan sebagainya.
Yang menyokong membalas dgn Hujah wala,
Yang membangkang menyatakan Wala adalah perkara berbeza.
Jadi yang mana kita perlu dekati dan Fahami??

Kadang2, kita lupa untuk kembali kepada Quran dan Sunnah,
Kita excited dengan hujah kita sendiri, tiada dapat mendengar hujah orang lain.
Kita juga perlu Faham, Kita adalah manusia lemah, Kita hanya mampu berusaha ke arah kebaikan, Namun yang menentukan, ALLAH segalanya.
Tugas kita, Menegak Keadilan dan Kemuliaan ALLAH dengan secara Mutlak,'
Jika terkorban, terhina keranaNYA, itulah kemanisan berjuang..

Kemenangan Di DUNIA, saguhati berbeza, Jika ALLAH benarkan, rezeki untuk Kita,
Kita juga perlu percaya, ALLAH Maha Adil dan Maha Pemurah.
Allah adil dgn Golongan Kafir dan Mukmin.
Allah Pemurah dengan segala Makhluknya.
DAN ALLAH hanya sayang hanya Kepada Yang BERIMAN kepadaNYA.

---cukup dulu... nanti sambung balik------