Debate: sej and AdukaTaruna.

aduh, debate maya punya pasal.. kol 3 tak tido lagi. bini plak sakit perut. Sib baik Aisyah Humaira baik. minum susu, terus tido.. hehe.. kalo tak kesian kat abi ni..
nanti laa nak ulas sket pasal debate ni..
aku dah save sumer, kalo ada masa, nanti edit..

Isu pasal UG ni.. Sepatutnya kita serah pada pemimpin. Jgn terlebih kita mahu mengarah pimpinan. Kita ada wala' dan thiqah.
Wala' dan thiqah ini wajib selagi selari dgn syara'. tetapi Muslim kini semakin jauh dari tarbiyah.
Betul, kita ada haq dalam demokrasi untuk berbeza pendapat dengan pimpinan tetapi dengan disiplin2 tertentu.
Kembali kepada cara sahabat, tabiin, dan ulama2 dan umara2 terdahulu.

huhuu.. WHATEVER!!

Debate:
Tajuk:UG: Pembawa Masalah atau penyelesai Masalah?
Penel: Searchforheaven, Adukataruna, Al_madd
Pencelah: Xenan, uma, pendekar laut.

Intro; Aku setuju dengan debate ni bukan pasal tajuk ni, cuma ingin membawa pembaca berfikir tentang Suasana PAS sekarang, Tersurat dan tersirat serta kesan2 di kemudian hari.

Sekitar Debat:

Aku start debate tu dengan persoalan:

Apa yang panel faham tentang UG?
jawap Aku:
UG adalah pendekatan politik di luar konteks Pilihanraya untuk menyelsesaikan masalah terkini seperti sekarang ini, Global economic krisis, pengangguran di malaysia, krisis perlembagaan, krisis kehakiman dan krisis kepercayaan kepada sistem keselamatan. Dan secara tersiratnya, Idea UG ini adalah untuk memberi ruang kepada PAS untuk tawar menawar dalam politik demokrasi ini. Ia adalah satu lontaran Idea oleh Presiden PAS, TGHH.

Jawapan Adukataruna: aku tak jumpa jawapan
Jawapan AL_Madd: aku tak jumpa jawapan


Kemudian Al_madd masuk:
Soalan Al _Madd: Di mana anda tidak setuju dengan konsep UG ini

Jawapan AT:

untuk madd plak, gua tak setuju dengan UG atas 2 tajuk.

1. Idea tanpa homework. If u fail to plan, it mean u plan to fail. Camtu kot tulisan omputeh.
2. Agent UMNO dalam PAS. Yang ni kompom lu takan mengaku punya. Semua jemaah Islam pasti ada musang ma.

Jemaah Nabi yang direct link dengan Allah pun ada, ini plak setakat team PAS yang Melayu nih.

Jawapan Aku: Aku tak jawab dlm debate( terlepas pandang soalan Ni). Aku setuju UG sebagai Idea untuk Menyelesaikan Krisis2 semasa di dlam negara. Dari segi pelaksanaan. aku tak nak diskuss lagi.


Kemudian:
selepas post Adukataruna, aku balas dengan Post ini;

1.Wa setuju UG berdasarkan pendekatan semasa. Krisis ekonomi, krisis perlembagaan dan krisis kehakiman dan krisis kepercayaan kepada pasukan keselamatan. Dan saya percaya di sebalik lontaran idea ini ada strategi untuk membolehkan PAS ada kuasa berunding untuk ISLAM sama ada dalam Pakatan Rakyat dan dengan UBN. Ini berdasarkan kepada ikatan pakatan Rakyat itu sendiri, PAS, DAP dan PKR bersatu dalam satu Isu, Iaitu keadilan dan menentang kezaliman UBN. Dasar Utama PAS iaitu ISLAM, berselindung di sebalik itu, Sekarang, objectif pertama tercapai, jadi masuk fasa kedua, Agenda ISLAM.
Isu strategi mungkin wujud di sini, TGHH mungkin tersilap langkah tapi itu kita tidak dapat tentukan kerana tidak tahu apa Tujuan Sebenar UG dilontarkan?

2. Agen UMNO dalam PAS. Semestinya musang berbulu ayam ada setiap organisasi. Cuma, identiti itu perlu dibuktikan dan kita sebagai pemerhati/penyokong bertanggungjawab untuk tidak membesarkannya selagi belum terbukti.
Tapi.. wa nak soalan wa kat atas tadi terjawab dulu laa kalau boleh..
hehe.. soalan ahli panel lain mana?
wa cadang, kalau soalan, tulis: SOALAN: ..........


Kemudian ulasan Al_madd;


1. Idea tanpa homework. If u fail to plan, it mean u plan to fail. Camtu kot tulisan omputeh.

TG hadi awang adalah lulusan MA politik dari azhar.
sewaktu mencadangkan UG,TG sudah memberitahu UG yang dilaksanakan mengambil contoh indonesia..
pemisahan SPR,Legislatif dan badan kehakiman antara syarat utama pembentukan UG ini...
ini berbeza dengan CG di mana SPR,Legislatif dan badan kehakiman di bawah kerajaan..
perlu di dingat TG hadi awang cuma melontar idea ini..dan Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP juga pernah menjelaskan konsep UG ini di harakahdaily..

dan konsep UG ini juga pernah dijelaskan oleh Dr Rosli Yaakop..sila baca link ini
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21306&Itemid=1

dan lihat sila video ini.

http://www.youtube.com/watch?v=dJKJ0FR7fQQ.

TGHA hanya melontar cadangan ini selepas 16 sept. gagal dan waktu itu negara sedang mengalami krisis...dan memg pada kebiasaan UG ini dibentuk apabila negara dalam krisis..contohnya amerika waktu pearl habour...
sewaktu TGHA melontarkan idea ini..TGHA mahu semua parti bersatu memberi idea dan sumbangan untuk meyelamatkan malaysia..bagaimana konsep UG malaysia..itukan tergantung apa yang akan dibahas..
UG zimbabwe beza dengan UG palestine..
tapi yang sama tentang UG adalah semua parti politik terlibat dalam kerajaan..
jadi..bagi saya..satu fitnah TGHA tidak membuat homework..
TGHA dalam setiap kali membuat keputusan selalu istikarah dan istyiarah dahulu..dan TGHA juga mempunyai ramai kawan baik dari PKS.jadi dapat mengetahui apa bagusnya UG di indonesia..dan TGHA sering membuat contoh di indonesia..UG yang diperkenalkan oleh BJ Habibie telah membuat indonesia semakin terbuka dan membuat golkar menyembah bumi...


2. Agent UMNO dalam PAS. Yang ni kompom lu takan mengaku punya. Semua jemaah Islam pasti ada musang ma.

berikan nama..dan saya tidak faham..apa kaitan UG dengan UMNO??






kemudian, sebab respon slow; aku listkan soalan2 aku;
SOALAN:
1.Apa saudara faham tentang Ikatan pakatan Rakyat?

2.Dalam posting anda sebelum ini, anda kata Idea UG ini Bagus, cuma strategi salah dan tambahan pula dilontar oleh TGHH. Bilakah UG ini sesuai dicadangkan? Nak tunggu Pakatan Rakyat Menang? Bila?

3.Bagaimana pandangan Saudara tentang isu ISLAM dalam pakatan Rakyat.?

4.Bagaimana saudara faham tentang landskap demokrasi di Malaysia?



Kemudian, Adukataruna muncul dengan Ayat di bawah;

Lu kata objektif pertama UG berkesan. Iaitu keadilan dan menentang kezaliman UBN.
Eh... BR muncul sebelum lontaran UG ma. BR muncul walau dari mulut Hadi, tapi atas desakan rakyat. Itu bukan idea Hadi, apatah lagi UG.
Bersatu menentang BN bukan konsep UG beb. Ni apa cerita ni?
Okeh. Skang soklan gua plak.
Adakah bersatu menentang kezaliman UBN adalah salah satu konsep UG?


Ulasan aku: Pada ketika ini, Adukataruna salahfaham ayat sebenar aku tentang apa itu Ikatan pakatan rakyat yang aku terang di awal debate;

Kemudian: Adukataruna lontarkan lagi ayat2 berikut:

al_madd.
Lu kata Hadi buat homework pasal UG? Lu bagi bukti penjelasan tu lepas perpecahan meletup ma. 17 Jun. Hadi lontar UG bila? Adeh....
Kronologi ma. Follow kronologi.
Kalau buat homework, apsal takda domuken, apsal takda paper atau penjelasan bila Lim Guan Eng tanya sehari lepas UG dilontarkan?
Kronologi ma. Follow kronologi.
Yang lu bagi bukti penjelasan selepas perkara jahanam buat apa?
16 anggota polis mati, baru ketua polis bagi penjelasan lanjut operasi A sampai Z, tu lu kata homework?

Hadoi...


Kemudian; Adukataruna jawab soalan aku:

SOALAN:
1.Apa saudara faham tentang Ikatan pakatan Rakyat?

Pada gua Pakatan Rakyat adalah tahaluf sementara menjatuhkan BN.

Jatuhkan BN sebab nak dapatkan jalan demokrasi. Bila dah dapat jalan demokrasi, terutama media, PAS boleh guna sebebas2nya untuk pendidikan Islamic State.



2.Dalam posting anda sebelum ini, anda kata Idea UG ini Bagus, cuma strategi salah dan tambahan pula dilontar oleh TGHH. Bilakah UG ini sesuai dicadangkan? Nak tunggu Pakatan Rakyat Menang? Bila?


Kalau lu nak cepat, lu guna kaedah gerila atau perang.

Tapi PAS guna kaedah undi. Bukan cara nabi. So, jangan nak memandai2 cedok sunnah perjuangan nabi secara borong untuk diguna.

UG boleh dicadangkan lepas BN tidak lagi dapat membentu majority parlimen, dan BR telah stabil.

UG perlu dihulurkan kepada BN yang lemah, bukan ketika BN kuat.



3.Bagaimana pandangan Saudara tentang isu ISLAM dalam pakatan Rakyat.?

ISLAM dalam BR lebih baik dari ISLAM ketika PAS jadi pembangkang yang ntah apa2.

PAS dapat ruang luas dalam negeri BR. Ke lu nak jadi Terengganu? Elok2 perintah, terus tak nak perintah lagi. Sebab rela kalah asal Islam tidak kalah?

Dah kalah, langsung takda ruang untuk Islam.



4.Bagaimana saudara faham tentang landskap demokrasi di Malaysia?

Dah jawab kat atas tu. Soklan gua, nanti dulu. Gua layan lu orang dulu.

Okeh, tanya lagi. Sementara gua tunggu bola nih.


Kemudian: Aku reply dengan ini;

SIlap paham tu saudara AT..
Yang berkesan tu bukan Objectif UG.
yang berkesan tu Ialah Objectif PAS dalam PAKATAN RAKYAT.
Wa cakap Objectif pertama Tercapai dalam PR. Ada kesan tercapai kepada UBN dalam PRU12 yang lalu.
Sekarang, PAS tumpu fasa kedua, Agenda ISLAM yang Tinggi.

Kita pun sedar, PAKATAN RAKYAT dengan Rasmi terbentuk selepas PRU12 dan Ikonnya PAKATAN RAKYAT PERAK..

Sebelum PRU12, DAP, PKR dan PAS bekerjasama untuk menentang UBN 1 vs 1. supaya Dapat menidakkan 2/3 penguasaan parlimen.

UG bukan konsep Bersatu menentang UBN. UG ialah cadangan untuk memulihkan krisis dalam negara.

baca balik ayat2 wa.

Yang Wa tulis tu,

SOALAN Lu:Adakah bersatu menentang kezaliman UBN adalah salah satu konsep UG?

Jawapan Wa: Bersatu menetang UBN bukan konsep UBN. Bersatu Menentang UBN adalah agenda bersama PAS, PKR dan DAP ,(PR) dalam PRU12 dan seterusnya.

UG adalah konsep supaya semua parti bersama-sama mengambil bahagian ketika krisis sedang melanda.
Buat masa sekarang, banyak Krisis.

1. Krisis perlembagaan. ex> perak
2. Krisis Kehakiman. ex: Perak dan DSAI
3. Krisis POLIS ex; PRK terengganu.

Semua krisis ini, tidak boleh diselesaikan dengan Pilihanraya. Kerana PRU masih jauh. Kita nak selesai masalah ini, kalau boleh dalam masa terdekat.
Itu tujuan asal konsep UG yang aku faham.

Kita mesti bezakan Politik pilihanraya dan politik semasa untuk kepentingan rakyat bersama.
Sekiranya masih berlawan seperti suasana PRU, nak setel masalah kena tunggu PRU lagi laa..
Masa tu, dah berapa orang dah kena buang kije, dah baper orang bankrup. dah baper Kes krisis perlembagaan perlaku dan macam2 lagi laa..

Tapi itu cuma lontaran IDEA.
Kalau ikut keadaan semasa, sampai mati UBN tak setuju dengan usaha murni ini.
Cuma kita perlu suarakan suapaya kita dapat melihat keikhlasan kita supaya negara ini makmur..



Kemudian; Pendekar laut menyampuk dengan ini:

Wa nk menyampuk skit.. Org yg buat homework xkn lontar idea pastu lari biar jemaah tafsir sdri. Org yg buat homework akn th ade organisasi pembuat kptsn dlm PAS (syura ulama'). Org yg buat homework xkn tuduh org mls membaca. Org yg buat homework xkn biar jemaah pecah belah. Org yg buat homework xkn flip flop, kejap2 tkr kenyataan.. Sekadar menyampuk, wakakakaka.. Sori, Wassalam..


Kemudian: Xenan mencelah dengan ayat ini:

"UG adalah konsep supaya semua parti bersama-sama mengambil bahagian ketika krisis sedang melanda.
Buat masa sekarang, banyak Krisis."

Bagaimana TGHA boleh terfikir begini?Kalau benar sebegini maka boleh kata TGHA mempunyai bacaan politik yg salah.

Terang2 UG dgn method pengenalan dr TGHA membawa perpecahan.Org biasa pon boleh jangka bai.

check realiti beb.

TGHA suka bermimpi indah?


Kemudian: AKu terangkan pandangan aku utk jawapan Aku yang 4 tadi:

wa lontarkan 4 soalan tadi untuk saudara jawab. dan anda dah jawab.

Ok. Ini;
jawapan wa untuk soalan wa sendiri.

Soalan 1:-Apa saudara faham tentang Ikatan pakatan Rakyat?

Jawapan Aku: Ikatan Pakatan Rakyat antara PAS, PKR dan DAP terjalin atas ikatan menuntut keadilan Demokrasi di Malaysia!! simpulan PAKATAN RAKYAT sebenarnya tidak sekuat mana, kerana DAP menolak dasar ISLAM yang dibawa PAS.
Ini kita mesti sedar. PKR pula adalah pengikat antara PAS dan DAP.
PAS bertahaluf untuk dalam Pakatan Rakyat untuk perjuangkan Keadilan Bersama. tetapi INGAT!!! dalam Dasar ISLAM, PAS berjuang sendiri!!


Soalan 2.--

Jawapan. Hehe.. betul tu, nak cepat perang laa.. Sebab PAS guna kaedah demokrasi. Kena guna cara demokrasi, Dlam demokrasi, Politik sebenarnya tawar menawar.
Sila belajar dari cina dan India.
mereka bersatu dalam pembangkang, ruang ekonomi terbuka global.
India bersatu dalam Hindraf. Cuti Tahipusam.

Melayu bersatu dalam UBN tak dapat apa. Bersatu dalam dalam Pembangkang tak dapat apa.

Ini kerana, tawar menawar kita tak pandai. tak pandai exploit situasi. dan pada aku, sekaranglaa kita nak tawar menawar, dengan pakatan Rakyat dan dengan UBN.

Yang paling penting tawar menawar supaya perlembagaan dapat dipinda terutama untuk melaksanakan hukum2 ISLAM di negeri2 PAS. negeri lain lantaklaa..

Soalan 3: isu ISLAM, ISLAM hanya dibawa oleh PAS dlm pakatan Rakyat. PKR membisu dan DAP, den tak cakap apa laa.. hehehe.. Tapi ini kita perlu bijak tawar menawar dgn DAP.

Soalan 4:

landskap Demokrasi MALAYSIA berat sebelah. Byk alat dikuasai UBN.
Ini yang kita cuba tawar menawar.



Kemudian:Adukataruna lontarkan soalan:
Oit sej. Jangan lompat step dulu ma. jawab soklan gua dulu.

Soalan : Adakah UG dilontarkan Hadi dengan homework atau tidak



then: XENAN mencelah:

Tawar menawar dlm keadaan UMNO berkuasa.Baik panggil mintak sedekah.

TGHA : "saya meminta belas kasihan UMNO untuk memberi sedikit kuasa kepada PAS.Sebagai balasan...err kami tade paper pon nak offer.Kasi jek la kuasa tu"

Ulasan aku: respon xenan dengan statement aku sebelum ini.


Kemudian: Jawapan aku:

Soalan AT: Adakah UG dilontarkan Hadi dengan homework atau tidak.?

Jawapan: Ini patut lu tanya kat TGHH.
aku cuba jawab. Idea UG ini sudah tentu TGHH dah buat homework. Sbb itu dikatakan lontaran Idea. dan rasa ini dah jelas dlm temuramah dengan harakahdaily. sila baca perkataan demi perkataan, jgn main lompat2 bai.. Lagipun UG ini dilontarkan untuk tujuan diskusi academic oleh ahli PAS, PR dan UBN sekiranya mahu duduk semeja berbincang utk kepentingan negara.


Kemudian: Aku respon utk Xenan:
to xenan.

UG dilontarkan semasa selepas 16 sept. Krisis kehakiman, krisis Kepercayaan POLIS di PRK KT , Kes Saiful bukhari dan terakhir Krisis PERAK. krisis ekonomi lagi lama dah.

Itu krisis laa namanya.. Takkan itu TGHH kata bukan krisis? atau nama lain pergaduhan?

Ulasan aku: rupanya ini bukan yang xenan mahukan, aku salah faham konotasi ayat dia.


Kemudian; Adukataruna buka soalan lagi:

Okeh. Lu kata UG dilontarkan dengan homework. Tapi.. apsal :

1. Tidak jawab perincian yang diminta Lim Guan Eng?

2. Tiada dokumen atau blue print?

3. Tipu kata DAP dan PKR dah setuju?

4. Salahkan ahli PAS malas membaca? Kalau ada homework, boleh la ahli baca.

5. tak follow up kekeliruan dan manipulasi?

Homework atau tidak? Jangan bagi homework lepas rumah dah hangus la. Itu bukan homework, itu sesal kemudian.


Kemudian; aku respon dgn statement Xenan:

Tawar menawar dlm keadaan UMNO berkuasa.Baik panggil mintak sedekah.

TGHA : "saya meminta belas kasihan UMNO untuk memberi sedikit kuasa kepada PAS.Sebagai balasan...err kami tade paper pon nak offer.Kasi jek la kuasa tu"

Lu tengoklaa Hindraf..
tawar menawar tika PR berkuasa ke?

Bukan gitu bro..
Wa tahum lu benci itu sama UBN..
Wa benci gak.. tapi berpada-pada..
ISLAM yang perlu PAS letak tinggi dulu..

Tapi tu hak lu punya akal laa..
Ini stand wa dgn hujah wa..


Kemudian; Jawapan aku kepada soalan2 Adukataruna:

1. Tidak jawab perincian yang
diminta Lim Guan Eng?

JAWAPAN:UG adalah lontaran idea bahasan akedemik sebagai solution ketika krisis memuncak hari ini, dan TGHH sudah nyatakan pada wartawan yang dia akan terang personally not via press.

2. Tiada dokumen atau blue print?
Inilah Lontaran Idea TGHH. dan perkiraan aku ada agenda ISLAM tersembunyi di sebalik ini. Untuk itu,penjelasan sedikit dah ada dah. dalam harakah. tuan Ibrahim Tuan Man pun xplain beberapa perkara.

3. Tipu kata DAP dan PKR dah setuju?
TGHH kata DAP dan PKR dimaklumkan, Umum tu, bukan spesifik pada tokoh2 dlm DAP dan PKR, bukan kata setuju atau menentang. Atau kalau aku salah baca berita, terlepas, bleh kasi link video TGHH kata DAP, PKR setuju. Kalau korang betul, yang ni, aku tatau nak hujah laa.. hehe


4. Salahkan ahli PAS malas membaca? Kalau ada homework, boleh la ahli baca.
TGHH bukan salahkan ahli je, pemimpin PAS pun. dia sebut mungkin kurang membaca. ini menunjukkan Tarbiyah kita kurang. Sepatutnya, bila Ketua tegur, kita bacalaa.. takkan kita tak ngaku salah plak.. aikk.. ini lawan tuan ni.. hehe

5. tak follow up kekeliruan dan manipulasi?

Sebenarnya, follow up sepatutnya kerja berpasukan. Tapi lihat laa sekarang. Isu kepercayaan kepada Timbalan presiden, isu kpercayaan kepada beberapa orang tertentu termasukla Dr hArun din. Jemaah PAS memang dilanda ribut.
Sebagai ahli, aku berdoa je supaya krisis ini menguatkan PAS dan Pakatan Rakyat serta PAS sendiri ada aura sendiri untuk memanipulasi Pakatan Rakyat demi kedaulatan ISLAM plak..



Kemudian: Aku ada respon utk pendekar laut:

Jawapan to Pendekar laut;

Betul. ISLAM tidak perjuangkan Bangsa.

kita sekarang dalam konteks Demokrasi.. Politik tawar menawar beb..

Apakah lu tengok wa amik contoh cina dan india berpolitik lu ingat itu taktik perkauman..

Bukan begitu bro..
Kita mahu mencontohi Cina dan India dalam berpolitik supaya ISLAM tertegak..
Assobiyah ialah tolong sesama puak demi benda yang salah, menindas orang lain.
Kita ingin mendapatkan sesuatu, kita kena ada sesuatu.
sekarang kita ada kerusi banyak di parlimen, Kita ingin minta supaya kita dapat mengubah landskap demokrasi di malaysia ini adil!!

Sekarangla peluang, kita nak tunggu UBN hancur bila??
Meraka kuasai semua alat sekarang..
jgn nanti kita terlambat, tak dapat tawar menawar lagi.


Kemudian: aku respon kepada Xenan:

To Xenan;

hehee.. lu punya statement memanglaa wa salah faham sebab lu tanya soal dekat lain.. lu mahu wa jawab kat ayat lain..

Lu kata method TGHH salah laa ye..

Itulah la, wa kata, TGHH mahu membuka ruang untuk tawar menawar antara UBN, PR dan PAS. Sebenarnya, Krisis akan berlaku juga, cuma bagaimana dan bila je. Idea ini dilontarkan atas sebab2 tertentu. strategi untuk ISLAM beb. Kalau spesifik lagi, lu ingat DAP, UBN tak meletup.. hehe..

Tapi itulah realiti politik.
Step yang mana betul atau salah akan ditentukan kemudian hari bukan ketika dilakukan..
Kita lihat dulu laa...

Wa bagi contoh, masa Putrajaya nak buat dulu, pembangkang tentang.
Tapi sekarang Putrajaya memudahkan.

Bab2 belanja besar/korupsi tu, pembangkang betul laa... tapi idea che det tika tu, skang hasilnya OK.
Sebab wa masih ingat almarhum TG Haji Fadhil pernah perli, kalau PAS menang, putrajaya nak dilelong.

Method tactical ini subjective.


Kemudian; Xenan lontarkan ini:

Jawapan tak menjawab soalan la bro.Jawab YA atau TIDAK.sng citer

Rujuk sol 1.Dah terang ke belom?

Rujuk sol 2.Blueprint UG ada atau tidak sebelom melontar idea supaya senang org lain digest?

Rujuk Sol 3. buka link ni
http://mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/6/6/mstar_pas_muktamar/20090605140403&sec=mstar_pas_muktamar
Berita tipu kah ini?

Rujuk soalan 4. Lu dah cam setuju TGHA tuduh semua malas membaca tanpa bawak keluar blueprint.So taya jawab la sok ni.

Rujuk soalan 5. TGHA update ke tidak idea ni dgn sesuatu yg konkrit seperti blueprint utk mengelak kekeliruan?

Ulasan: Aku tak ada choice; jawab ye atau tidak je.


Kemudian: Xenan kata lagi:

btw dude,

Contoh putrajaya lu dangkal sgt.Putrajaya failed dr banyak segi.

Ape putrajaya bagi kat malaysia?Bagi nampak cantik?

Tayah jawab..jawab soalan AT dulu


Kemudian: Pendekar laut plak mencelah:

SFH..
Soklan gua, adakah fahaman lu ttg UG selama ini hylah andaian lu semata2. Lu pn tk th dgn lbh detail ttg hal ni kn mcm org lain jgk?


Kemudian; pedekar laut ada mencelah lagi:

kemudian: Jawapan aku utk soalan yang dihiglihtkan xenan:

Wa dah jawab. kena tak To Xenan;

Soalan 1: Aku dah jawab kat atas tu. ye ke tidak.. AKu bukan TGHH maa..

Soalan 2: Blueprint aku tak pernah nampak.. Draft ada.

Soalan 3:Kalau TGHH tipu soal itu, wa tak leh nak kata apa. Tapi yang deny DAP, PKR yang deny Syed Husin, DSAI?.. Ini kita kena kira gak.

Soalan 5:Update dengan Blueprint takde so far. tapi dengan penjelasan ada.


kena itulah jawabnya..
Kerana pada wa di sebalik UG ini, ada strategi lain yang hanya perlu dibincang di dlm PAS. Kerana isu ISLAM i dlm PAKATAN RAKYAT adalah isu PAS.

Pertaruhan sokongan itu adalah mdainan politik. Sebab itu, pengikut jgn terlebih sudu dari kuah. tactikal takkan nak hebah satu persatu.

Ini demokrasi. sebelum PRU12, PAS byk mengalah dengan PKR dalam percaturan DUN dan PARLIMEN.
Jika perkara ini terus2 berlaku. Sekirang PR menang PRU, Suara ISLAM akan menjadi seperti suara sekarang. Untuk Meminda perlembagaan, Kerusi PAS kena byk, kalau macam sekarang, takde harapan ISLAM akan bertapak yang seperti PAS mahu.


Kita tidak menyalahkan PKR atau DAP. Kerana Dasar mereka berbeza.
PAS mahu kuasa juga ada pada mereka. PAS hanya mahu Tawar menawar untuk Ketinggian ISLAM itu wujud dalam PAKATAN RAKYAT ini.

Sbb tu, kalau mahu ISLAM tertegak total. mcm AT kata laa.. perang je laa.. hehehe..

tapi ini pendapat peribadi aku.
dan pendapat aku juga, bila taktik untuk ISLAM ini, sekiranya dalam PAKATAN RAKYAT, sudah tentu hanya perbincangan dlm PAS sahaja.

PAS,PKR DAP bekerjasama utk keadilan. ttp ideologi masing2 ada yang berbeza.
Yang Berbeza inilah, PAS ingin suarakan secara berhemah,
DAP sudah dapat sebahagian objecttif mereka. PKR dapat sedikit sebagahian hasil Mereka.
Tapi PAS, hasil untuk ISLAM seperti dahulu juga, tiada kemajuan.


Kemudian: Respon aku kepada pendekar laut:

To Pendekar laut:

Ini andaian wa jer laa..
wa pun sama macam orang lain. mana tahu detail. Lu tahu ke? kalau tahu bg tahu laa...

Wa debate sebab nak betulkan tanggapan tentang pemimpin PAS je. tentang kesatuan dlm jemaah.

kalau nak cari sapa salah, siapa betul.. sampai bila tak habis bro..

Sebagai ISLAM, apa2 kembali kepada Quran dan sunnah. Cara sahabat, tabiin,dan ijma' ulama.
ISLAM dan dunia tak boleh dipisahkan daripada orang Beriman.

Kalau dah kalian tak bersetuju secara total dgn politik TGHH, nak buat camana..

Some point, kalian betul. some point , semua perkara boleh diperbahaskan. itu je..

kalau dalam syura, perbincangan diuamakan, kemudian pilih yang mana OK.

kalau dah UG ini semua tak setuju. Well, takkan terlaksana gak.
Cuma, kita perlu terbuka untuk perbahasan ilmu. Taktik, strategi itu , berjaya ke tidak akan diketahui kemudian hari, bukan sekarang.





Kemudian; sebelum aku log out pagi tu; Ini last respon aku:

Contoh Putrajaya itu sebahagian je, kalau lu tak setuju perbandingan tu, hak lu laa..

bagi wa, senang nak berurusan berbanding di Jln Duta kalau byk urusan Kerajaan.

Memang byk failed. itu biasalaa.. projek UBN maaa..

Tapi dari segi pentadbiran, keberkesanannya ada.



Soalan AT.. nantilaa wa kupas..
wa pun nak tido.. sib baik baby wa nak susu, ini yg terlewat ni..

ok sahabat..

ASSALAMUALAIKUM;

ada silap, wa mohon maap laa..


selepas itu ada lagi sambungan debate; tapi aku involvement aku slow sedikit.

sambungan ada kat sini:

setakat itu je:
caca merba aku punya susunan debat ni. biasa aa.. dah malas nakm susun.






    2 comments:

  1. hehe..amacam debate 2, jadi ke tak bro..folow gak, tapi xde apa pun...hehe...

  2. uish.. jadi dah tu..
    haha.. xde apa2 ke.. ntah laa labu... wakaka