Antara Kawan Dan Lawan.. Suka dan Benci

Salam.. kepada diriku .. kepada yang mungkin membaca..

Perhubungan kita di dunia ini tidak lari dari dua entiti. Kawan dan lawan.
Kawan, adalah sahabat kita, yang dekat dengan kita, yang mungkin menolong kita.
lawan, adalah seteru kita, yang selalu bertentang dengan kita, yang cuba mungkin menghapuskan kita.

Begitu juga senario hidup di dunia ini. Dunia aku , dunia kamu dan dunia kita.

Dalam Dunia Aku.
Aku ada banyak kawan. aku tak tahu siapa lawan sebenar aku. Lawan haqiqi aku adalah SYAITAN yang direjam.
Namun dalam aku berkawan, sungguh susah untuk merubah kawan. Susah juga menasihati kawan.
ada kawan yang terbuka, mudah dinasihat.
Ada kawan yang keras hatinya, bila ditegur, kita pula disalahkann.
Ada juga kawan yang tiada pedulikan orang lain, kita mahu bekerjasama, tetapi mereka pentingkan diri sendiri.
Dalam dunia aku, aku serba salah bila pertembungan prinsip dengan kawan.
Mahukah aku berlembut? Mahukah aku terus berteguh...??
Kadangkala.. sakit kepala aku.. kenapa aku dalam dilema?
Tidak bolehkah aku hidup tanpa lawan dan kawan??
namun itu, bukan fikiran realiti..
Di dunia realiti, mana mungkin menidakkan kewujudan kawan atau lawan..
Dunia realiti adalah dunia yang bercampur. di sana ada kawan, di sana juga ada lawan.
Yang boleh aku memilih ialah siapa kawan dan siapa lawan aku.
Hanya itu pilihan aku.

DUNIA KAMU?? aku tidak tahu..

Dunia KITA???
Dunia kita adalah perkongisan antara dunia aku dan kamu..
DUnia kita menghimpunkan banyak cerita.. ada yang sendiri, dan ada yang berkumpulan..
Di Dunia kita.. Siapa kawan dan lawan dalam POLITIK??
Di Dunia Kita.. Siapa kawan dan lawan dalam urusan ISLAM??
Di Dunia kita.. Siapa kawan dan lawan kita dalam Urusan KEADILAN Sejagat??

Tapi.. mahukah kalian berfikir tentang ini??
Mahukah Kalian mengkaji urusan dunia ini??
Mengkaji siapa Musuh.. siapa Sahabat??
DI mana sempadan kawan.. mana dia sempadan lawan??

Mengapa kita meninggalkan ajaran ISLAM dalam Urusan kawan dan lawan??
Sebagai ISLAM.. siapa lawan siapa kawan kita?
Sebagai Rakyat.. Siapa lawan, siapa lawan??
Jika PAS.. Siapa lawan? siapa kawan?
Bolehkah kita guna kedua-duanya??


fikir-fikirkanlah kepada yang mahu berfikir...

kenapa sejuk...

lama tak update blog ni.. byk sebab, malas, kije byk, access internet lembap..
skang ni pun, ada kat JB. ade troubleshoot Problem kat Tiram. huhuhu.. kacau jiwo den..
dah laa tongah bulan, duit claim bulan ni, tak buat, duit kije luar, member macam makan sorang..
ahhhhhh... jiwa kacau sebentar..
aku laa buat kije teknikal.. aku laa buat kije admin..
berat nanang cam ni.............
Nak tukar kije, kije skang best, takde orang kacau.. tapi masalahnya, kalo aku malas nak buat admin.. nanti duit maintenance tak masuk.. mampuslaa department aku.. hahaha..
nak blah bodo je.. member kesian, pengganti aku takleh wat kije.. pemalas.. hahaha..

aduhh.. lepas tensen jappppp...

Gambo-gambo..




hehe.. nak try upload gambo baby,
my aisyah humaira binti ................ (rahsia dulu).. wakakakaa..
Cantek tak my princess ni.. wakakaka

Kenapa Tidak Bersatu? Bagaimana..

Assalamualaikum..

Dari bercerita tentang konspirasi, lebih baik kita mengupas masalah ummah.
Ketika aku sedang menonton history channel kat astro tadi. Channel 555, aku tengok dokumentari science and Islam.

Well, ISLAM and Science berkait rapat semasa era permulaan perkembangan Ilmu. ISLAM menggalakkan perkembangan Ilmu. Islam menggalakkan Umatnya berfikir, berhujah dan seterusnya mengaitkan dengan Alam sekiling.. Siapa Penciptanya?
Siapa Pemiliknya?

Bila Kita bercerita dan berbincang dalam ilmu science dan Mathematics. Kita tidak boleh lari dari membincangkan hukum2 sains, mathematical presentation dan symbol2 yang
tertentu yang diterima secara universal, baik di timur, barat, utara dan selatan.

Hasil tambah angka decimal 1+1=2 tetap sama di mana jua anda berada,
Sama ada di Malaysia, USA, jepun, Mekah , malah di planet marikh sekalipun.
Hasil tambah decimal 1+1=2, tetap akan memberi jawapan yang sama.

Begitu Juga dengan ISLAM di Dunia Ini, khususnya di MALAYSIA, tanah air kita yang tercinta.

Bila kita mengucap dua kalimah syahadah, bersaksikan Allah dan rasulnya, Kita membenarkan Iman kita dengan ISLAM. Kita menerima ISLAM sebagai Agama Kita,pegangang kita dan sepatutnya di dalam hati kita ini.
Kita penuh Yakin ini adalah Agama Yang Benar, Agama ALLAH!!

ALLAH menurunkan Al-Quran dan rasulNya Muhammad SAW sebagai rujukan kita.
Hukum yang Amat Benar dan Rasul yang Amat Amanah!!!

Jadi mengapa Kita tidak bersatu dalam satu Agama ini?
Kita boleh bersatu dalam menerima fakta sains dan mathematics yang universal.
Dan ISLAM itu Universal!!! ISLAM itu Kamil, sempurna dan menyempurnakan penganutnya!!

Jika kita menerima prinsip sains dan mathematics dalam kehidupan kita,
Jika Kita memahami prinsip science dan Mathematics dalam kehidupan kita,
Kita boleh bersetuju dengan sesiapa sahaja berdasarkan fakta dan hukum universal.
Yahudi tetap kata decima 1+1=2,
Arab tetap kata decimal 1+1=2,
Melayu tetap kata 1+1=2,
PAS tetap kata 1+1=2,
UMNO tetap kata 1+1=2,
PKR tetap kata 1+1=2,

Tiada perselisihan dalam hukum mathematics ini.

Dan sebagai Muslim, seharusnya kita lebih bijak dan lebih berhemah dalam menangani isu2 perpaduan sesama kita terutamanya di tanah air kita ini, Malaysia.
Sepatutnya Kita, Muslim di Malaysia ini berpegang pada ISLAM.
Bercakap benar dengan prinsip ISLAM.
Sepatutnnya iktibar Ilmu science dan Mathematic ini memerli kita.
Kita akan percaya jawapan seseorang, tidak kira yahudi, cina, amerika atau melayu sekiranya mereka berpandukan formula yang sama.. kita akan mengiyakan jawapan itu walaupun dari musuh.
INi kerana walaupun kita bermusuh, kita masih terikat dengan Hukum science dan mathematics.

Begitu Juga dengan Amalan Kita dengan ISLAM.
Sepatutnya ISLAM yang lebih tinggi dari science dan mathematics,
Sepatutnya ISLAM yang memiliki science dan Mathematics,

Muslim yang menganutnya kembali kepada Ajaran ISLAM iaitu kembali kepada ALLAH.
Bagaimana Mahu kembali kepada ALLAH,
Kembali kepada Quran dan Sunnah,
Bagaimana Mahu mengikut Quran dan Sunnah?
Kembali kepada Sahabat2 , tabiin dan ulama2 muktabar.
Bagaimana mahu memahaminya?
Kembalilah kepada Ulama2, ahli2 agama?

Sebab itu, sebagai orang ISLAM, muslim dan mukmin.
hendaklah kita menyahut seruan supaya kembali kepada Quran dan Sunnah.
Sebagai Muslim hendaklah kita menyahut seruan supaya kembali kepada penghayatan Ilmu ISLAM.
Sebagai MUSLIM, hendaklah kita menyahut seruan perpaduan supaya menegakkan syiar ISLAM.

Sebagai Mukmin, kita percaya hanya ISLAM yang menyatukan Kita..
Sebagai Mukmin, kita percaya Hanya ISLAM yang boleh menyelamatkan Kita..


Namun, BOLEHKAN KITA AMBIK PENDEKATAN SCIENCE DAN MATHEMATICS INI SEBAGAI PEGANGAN KESATUAN KITA?

tepuk dada tanya IMAN!!!


ALLAHUAKBAR!!