Ulama Dan Politik

Salam,

Dalam politik Melayu malaysia sekarang..
hangat dengan kemasukan 40 ulama Muda ke dalam parti UMNO..
seperti mana yang PAS laung-laungkan sebelum ini..
POLITIK dan ISLAM tidak sepatutnya dipisahkan..

Alhamdulilah.. sepertinya UMNO cuba menggunakan ahli agama untuk tujuan politik..
Sama ada secara primer atau secondary... itu penghujahan kemudian selepas cerita..
Kemasukan Ulama Muda ke dalam UMNO ini, patut disambut dengan senyum oleh kita yang menyokong perjuangan ISLAM dalam politik.

Usah kita mengorek yang tersirat sebelum memahami yang tersurat dahulu..

tersurat: Ulama muda ini mengaku mahu berdakwah menggunakan paltform UMNO. dan sepatutnya kita bagi peluang dan merungkai secara tersurat dahulu. Usah melatah dengan membuat tuduhan tak tentu hala dan mengikut nafsu semata-mata.

tersirat: banyak yang tersirat yang boleh kita pelajari. Tapi biarlah kita simpan dahulu untuk mengelak fitnah dan dosa yang sia-sia.


bagi ana,
cukuplah kita meneliti yang tersurat dahulu.
usah disibukkan akal dengan mengolah yang tersirat..
jika mahu disibukkan dengan kerja-kerja politik..
marila menjadi sukarelawan untuk menarik pengundi!!



ALLAHUAKBAR!!

Seni bahasa sket..

hendak memanjat nyiur yang tinggi..
tapi apakan daya tiada reti..
hendak memetik kelapa tua,
tetapi galah panjangnya hanya sedepa..



Dalam kepala penuh Idea,
alangkah baik dipagari Budi..
kalau masih tak berjaya,
tak terfikirkah salah strategi..


hehe.. ni wa tuju untuk yang nak buat reform..
ukur baju dulu yea.. wakaka

Media alternative: betul-betul berpengaruh atau indah khabar dari rupa??

salam,

aku terasa nak memberi pendapat aku tentang media alternative untuk propaganda politik masa kini.

Menurut Blogger Mat saman kati(ureka.asia@ perak express) dan Topeng perak (perisik Rakyat) , media ni memainkan peranan penting..
tanpa blogger, Pakatan rakyat susah nak menang..

bagi aku, ada betul dan ada kurang..

pada satu fasa, media alternative ni memang ada memangkin untuk menarik pengundi tetapi akan berhenti pada satu tahu tahap..

kenapa??

1. berapa ramai yang mendapat capaian internet?? orang yang sama atau berlaku penambahan pengguna??
2. mengikut pengalaman aku dalam bidang networking ini, hanya orang sama menggunakan internet untuk mendapatkan berita gossip politik dan idea2 pemikiran.
3. Penyediaan Infra internet tidak menyeluruh ke setiap pelusuk tempat. Jadi, di mana media alternative boleh memainkan peranan??


perhatikan kepada pengunjung2 blog.. adakah anda jumpa pengomen2 yang sama atau berlainan??

alangkah angkuh bagi kita, jika melaung2 kan dengan peranan kita, prestasi politik PR meningkat...

sebenarnya.. peningkatan prestasi politik dan gerak kerja pakatan rakyat amat bergantung kepada sukarelawan2 dan petugas2 kawasan..

Cuba lihat kawasan masing2.. berapa ramai petugas sukarela yang ada??
berapa ramai yang datang usrah??
berapa ramai yang datang mesyuarat untuk gerak kerja??
yang datang mesyuarat pula.. bikin serupa cakap ka??

jangan kita hanya tahu berangan..
takut2 kemenangan lalu hanya fatamorgana di hari panas!!
tanpa usaha.. bayang2 harapan akan hilang...
usah hanya bangga dengan usaha sendiri...

kita berjuang bukan untuk berbangga..
kita berjuang untuk syiar ISLAM..

usah mendabik dada.. kerana aku.. mereka menang..
kot nanti.. malu muka di kemudian hari..
atau mendabik dada untuk mendapat pengiktirafan..
bila menang.. senang nak mintak kerja dan projek..

erm........


ALLAHUAKBAR!!!

Jemaah dan Demokrasi

salam,

Kita umat ISLAM wajib berjihad untuk ISLAM..
wajib menjaga akidah ISLAM kita..
dalam Konteks landskap politik, ekonomi dan sosial (ekoposial) di Malaysia.
sebagai insan yang cintakan Agama dan negara, adalah wajib kita melibatkan diri untuk membela ISLAM..
Namun.. perjuangan membela ISLAM bukan sesuatu yang mudah..
Sebab bukan perkara Mudah.. ganjaran syahid adalah syurga sebagaimana Janji ALLAH di dalam Quran dan melalui lidah Rasul Kita, Muhammad SAW.
Perjuangan kerara dilakukan secara berjemaah.
ISLAM perlu kepada Jemaah..
dan Solat adalah contoh kesatuan jemaah dalam praktis harian kita..

soal membetulkan pemimpin dan nasihat kepada pimpinan adalah digalakkan kerana ISLAM menganjurkan amal makruf wa nahi munkar..!!
Dalam masalah demokrasi.. politik demokrasi, kesatuan jemaah adalah penting bagi melambangkan kekuatan politik Jemaah itu sendiri..
Bagaimana mengekal kesatuan jemaah??
bolehkah dengan hanya hearsay, kita mengkritik pimpinan tanpa adab??
dengan hanya berbekalkan persepsi dan ilmu yang kurang tentang siasah syariah,
kita memandai-mandai mengajar pimpinan kita??

berapa lama kita berada dalam politik??
berapa lama kita berjuang??
memang soal lama berjuang sepatutnya tidak menjadi ukuran, namun masih boleh dijadikan analisis dalam pertimbangan...

amat malang... mereka yang memperlekehkan adab2 jemaah dan kepimpinan..
mereka melekehkan wala dan thiqah yang tidak menyalahi syariah..
mereka melekehkan idea ulama kerana tidak serasi dengan mereka..

pernah mereka jadi ketua kelas ketika sekolah rendah??..
pernah dikritik??
pernah dimarahi rakan sekelas??

itu baru perbandingan kecil..
inikan pula memimpin jemaah ISLAM dalam politik demokrasi..
Demokrasi mementingkan ANGKA!!
apakah ANGKA sokongan akan meningkat sekiranya kita mula membantah dan mengkritik PIMPINAN??
apakah bentuk kritikan itu secara total telah dibahaskan??

apakah JEMAAH ISLAM PAS yang dibina hanya ditadbir oleh seorang tok guru??

semakin lama kita meneburi politik.. semangat jihad semakin berkurang..
tidak tahu perbezaan Jihad untuk ISLAM dan politik untuk ISLAM..
mengasingkan Jihad dan politik.. lalu menyebabkan kekeliruan dalam memilih jalan tahaluf siyasi dengan masyarakat bukan ISLAM!!

walaupun sudah sekian lama SEKULAR dan ISLAM didefinasikan..
kita masih keliru..
kita masih nampak Hitam dan putih..
warna kelabu tidak diambil kira...
memilih kelabu hanya bila idea kita tidak diikuti..

ayuh.. kembali kepada panduan yang nyata lagi BENAR..
kembali kepada Quran dan SUnnah!!

bagaimana mahu kembali??
hanya dengan selalu mengikuti majlis2 ilmu yang digambarkan Nabi Kita, sebagai taman2 syurga..

Ayuh.. mari kita mencari taman2 syurga..

Search For heaven on EARTH!!

ALLAHUAKBAR!!!

KENAPA LEMAHNYA UMAT ISLAM!!!

Assalamualaikum..
lemahnya umat ISLAM hari ini bukan kerana faktor lain..
hanya ada satu SEBAB..
UMAT ISLAM hari ini banyak Meninggalkan seruan ALLAH dan melakukan Apa yang dilarang oleh ALLAH..

Dengan Hanya sebab ini.. ALLAH menghinakan Umat ISLAM seluruh Dunia supaya menjadi bukti dan tanda2 bagi Orang Yang Beriman..
ALLAH juga menyediakan suasana ini bagi mereka yang ingin berjuang menegakkan seruanNYA semula..

ekonomi.. muslim lemah..
technology.. muslim hanya pengguna..
Social.. muslim meninggalkan fardu Kifayah dan melebihkan sesetengah fardu Kifayah..
Politik.. Muslim hanya berlingkung dalam politik kebangsaan.. tiada usaha penyatuan Muslim Antarabangsa.. OIC hanya lambang..
Ketenteraan.. Lemah-selemahnya.. hanya berani lawan rakyat sendiri..

jika dibandingkan Umat ISLAM dengan North Korea.. Umat ISLAM lagi lembik..

Bagaimana Harus Mengembalikan Maruah ISLAM??

Hanya satu cara.. berani Mengamalkan ISLAM ketika senang dan Susah..
Sabar dan ISTIQAMAH dalam amalan ISLAM..
Mengajak dan Berdakwah untuk MUSLIM Bangun dengan Undang2 ISLAM..
Alim ULAMA menyediakan Plan2 atau merangka Hukum ISLAM yang sedia ada Supaya Nampak Kesempurnaan ISLAM itu..


AYUH SAUDARA!!

KEMBALI KEPADA ISLAM SECARA MENYELURUH..
USAH RAGU2..
USAH DILAMBATKAN..
USAH TAKUT..
JIKA MATI.. KITA MATI SYAHID!!!


ALLAHUAKBAR!!!