Iman, taqwa, Ilmu dan Amal

IMAN:

Apa itu IMAN?? Iman dlm Bahasa mudah adalah percaya, Istilah Agama, Membenarkan kepercayaan itu di dalam hati, melisankan dengan lidah dan mengamalkan dengan perbuatan.

APA itu TAKWA??

T
akwa dalam bahasa mudah ialah Takut. Takwa wujud bila adanya IMAN. Tanpa IMAN, takwa tak akan wujud. Mana bisa kita takutkan Ular sekiranya Bisanya Tidak wujud, Kita takut akan ular kerana kita percaya Ular ada Bisa..
Itu lah Umpamanya, mana wujud Takwa kepada Allah jika kita Tidak BERIMAN kepadaNYA.
Takwa dan IMAN berkait Rapat namun masih ada perbezaan..
Mahu Mendalami? Bacalah Al-Quran, dan rujuklah hadis2 Shahih..
Ana masih tak mampu mengupas lebih lanjut dlm masa ini..

APA itu ILMU??
Ilmu
adalah pengentahuan. Pengatahuan berkait rapat dengan Maklumat. Maklumat diperolehi dengan melihat, mendengar dan merasa.. Maklumat berkait rapat dengan cara menggunakan Mulut, telinga dan mata serta anggota2 badan yang lain. Ilmu Yang Baik akan menjana Keimanan dan seterusnya Ketaqwaan..

AMAL...

Amal
adalah perbuatan. Perbuatan adalah tindak tanduk Kita. ada perbuatan sedar dan ada tanpa Sedar. Itu membuktikan , kadang2 kita juga tiada dapat mengawal perbuatan kita..
Kesedaran Amal kita bergantung kepada Ilmu yang ada. Ilmu Yang ada jika tiada disandarkan kepada IMAN, TAQWA yang dicari takkan dapat dijumpai...





    0 comments: