Long Break: Busy maa

salam,
lama tak menulis dalam blog ni.. lately, aku sibuk, banyak travel dan kerja bertambah-tambah.
tetapi bukan akan membutakan diri untuk tidak mengetahui perkara di sekeliling ni.
Politik dengan isu politiknya..
spekulatif dan ekploitasi cerita2 dan khabar2 angin dijadikan tajuk utama.
blogger2 yang terkenal dengan amanahnya telah melucutkan jawatan TGNA sebagai Mursyidul AM,
berkait2 posting mereka yang jujur dan amanah ini.. tetapi sebaliknya berlaku!!

JUJUR dan Amanahkah Mereka ini?? tepuk dada tanya Iman??

TM telah melancarkan produk terbarunya, HSBB, dan contentnya termasuk IPTV.

huhu.. busy aaaaa... sambung lain kali..

Pendidikan SEKS: punca dan Kenapa

Salam,

Selepas beberapa kes rogol, pencabulan seksual kanak2 dan remaja, kes kahwin kanak2 dan beberapa siri isu seksual. Hangat plak, kementerian wanita dan kemasyarakatan untuk memperkenalkan pendidikan SEKS dalam sistem Pendidikan Negara.

Tetapi kenapa sekarang kes makin menjadi-jadi??
Kurang pendidikan?? Tetapi pendidikan Apa?
Adakah pendidikan SEKS di sekolah2 sebagai satu penyelesaian.

Sebenarnya, Masyarakat terlupa.. terlupa pada Agama, terlupa pada hakikat yang ALLAH gariskan. Masyarakat melupakan ajaran ISLAM, lalu bila datang bencana, mereka cuba mencari jalan penyelesaian dengan cara yang mereka fikirkan akan berjaya.
Padahal.. sebelum ini, ALLAH telah bentangkan segala cara yang komprehensif. Tetapi kenapa mereka enggan mematuhi HUKUM ALLAH..
Mereka lebih suka memilih penyelesaian Model Barat!!
Berjayakan BARAT dari segi Pendidikan Seksual yang kita mahukan??
MIMPI di Siang hari..........!!!

Usah kita memandang jauh..
Dalam pendidikan Asas Fardu AIn, wuduk dan Solat. DI sana terdapat ciri2 pendidikan seks yang sebetulnya.
tidak boleh membuka aurat, tidak boleh bersentuhan sesama bukan mukan muhrim lelaki dan perempuan. Tetapi kenapa pendidikan ini seperti melepas batuk di tangga.
Sekadar untuk peperiksaan, bukan untuk Amalan.??
Sistem pendidikan Apa kita ini??

Alangkah baiknya kita menjadikan pendidikan ISLAM sebagai paltform peribadi bukan sebagai alat untuk bukti certificate di dalam pencapaian Akademik.
Pendidikan kita lupa untuk membangunkan peribadi anggun, sebaliknya menumpukan pencapaian fizikal yang mudah luput ditelan noda noda masyarakat sekeliling.

Ibu bapa sekarang sudah lupa pendidikan Awal fardu AIn, padahal dahulu mereka dididik ibu bapa mengenal halal haram dalam solat.
Mereka sudah terjebak dengan sikap rushing mendahulukan pencarian duit.
Batas2 pergaulan anak2 sejak dari kecil tidak di ambil kira.

Lalu sebagai penyelesaian, kita membiarkan kementerian Masyarakat dan Pembangunan Wanita mencari penyelesaian untuk Kita.
huh.... penyelasaian yang jauh dari saranan ISLAM!!

Perpaduan dan Perpaduang!!

salam,

Dalam suasana politik sekarang.. perkataan perpaduan ni bagai elergik..
takde yang positif untuknya..
ada yang buat perumpamaan seperti campuran mentega dan taik.. hehe..
ada yang kata. politik lain , dakwah lain.. suku2 kot...
dalam politik kene pandai konar.. dalam dakwah takde konar2... itu susahnya ISLAM kot..

apa definisi bijak Politik?? apa kepentingan dakwah sepanjang Masa???

politik undi sama dgn politik Perang??
sun tzu theory ?? hehehe.. fuh.. ramai sungguh bijak pandai kat luar sana..

mereka mengulas umpama meereka boleh membaca hati dan fikiran orang lain..
malaikat agaknya...

Negara?? bagaimana kedudukan negara kita??

sejarah membuktikan ramai yang kenal Allah.. tapi mereka masih sesat!!

Abu lahab!! Abu jahal.. mereka tidak kenal Allah ke?
ABdullah bi Ubai.. mereka tidak ttahu kebenaran ISLAM ke??

Sama juga suasana sekarang..
blogger2 yang menyerang kiri dan kanan ni.. mereka murtad ke??
mereka tak kenal Iman ke??
tapi mengapa masih berhasad dengki dan berprasangka buruk!!

ada antara mereka claim menegakkan kebenaran.
ada antara mereka claim.. untuk kebaikan anak cucu mereka di masa hadapan!!

realiti???..

huhuhu... lu fikir laa sendiri!!

POLITIK LOMPAT!!

Aduh..
lompat lagi.. salah siapa??
Bila lompat.. desak letak jawatan!! hehehe.. kelakar lorrr...

aku nak tanya.. yang partipate dalam politik ni, dah belajar habis belum??
bila MP lompat je.. desak letak jawatan..
Ikut logik laaaaaa.. kalu dah berani lompat tu.. buat apa nak reti malu..
Confirm2 mereka ni tak tahu malu..
Kalau Desak letak jawatan pun.. nampak sangat Kita desperado..
malu dengan cadangan sendiri..!!

kalau dulu.. offer parti sana sokong Kita.. kita kata itu lompatan yang baik, lompatan demi rakyat!!
nmasa tu.. wahhhhh.. best nyer strategi ni.. boleh kuasai Negara dgn cepat!!
walhal.. September 16 tu adalah cita-cita kelabu asap.. masa Tu DR Aziz Bari tak ulas plak secara perundangan..
ada sidang parlimen atau tiada??..
Dijulangnya DSAI sebagai pemimpin berkarisma Tinggi!!..
itu lah masalah kita.. bila taksub kepada pemimpin2 tertentu.. buta hati untuk menilai fakta sebenar.
Kita Berpijak Di bumi yang nyata atau maya????

memang lompat 16 september tak sama nilai moral dengan Kes Lompat sekarang!!
tapi kesan strategi? persepsi Politik??

Kalau dulu.. bangga sangat dengan istilah PERSEPSI.. sekarang persepsi apa??

sekarang siapa yang rugi??? Pakatan Rakyat atau BN??

Lu fikirlaa sendiri...

Politik: Rumah tak siap

Salam,

Bila berbicara perihal politik ini, kematangan dan kebijaksanan peserta-peserta politik perlu diselaraskan dengan disiplin. Untuk mencapai objetif dalam perjuangan politik demokrasi ketika ini, hendaklah berpegang kepada disiplin2 organisasi dan jemaah.

Peserta-peserta politik bukan hanya kepada pemimpim2 politik, tetapi merangkumi semua yang sedar akan politik, bloggers, pengundi dan sebagainya.

itu intro je..

soalnya sekarang, ramai dari kalangan kita konon mahu berjuang dgn bijaksana tapi lemah dlm mentafsir bijaksana dan strategi dan kepentingan berjemaah.

Dalam berjuang bersama ISLAM, disiplin Jemaah perlu sekali. Soal kepimpinan membuat kesilapan hendaklah berdasarkan syariat,
Jika pemimpin melanggar syariat dlm jemaah Kita, pemimpin ini kita perlu tolak.
Tapi sekiranya mereka melakukan kesilapan startegi, hendaklah kita bersati dlm jemaah. Jgn cuba menjadi Hero yang kita pejuang sejati.

Lihat sekarang.. sebelum PAS menang pilihan raya, blogger pro-PAS menyerang PAS, konon atas dasar menegakkan kebenaran..
Tapi mengistiharkan diri sendiri tidak perlu ikut disiplin jemaah..
what a shame..

POLITIK UMAH TAK SIAP..