Muzakarah Yang Sama tapi Tidak Serupa

ini yang aku respon dari Thread SP4N4R di TKO here


Muzakarah TGNA dan TGHA memang tidak sama..

TGNA pelawa semasa Politik Pakatan rakyat sudah memiliki kuasa;

TGHA membuka pintu Muzakarah semasa Pakatan Rakyat Masih belum membina sebuah kerajaan Negeri.. hanya ada kerajaan PAS(kelantan/Kedah), dan DAP(PP).

NAMUN, objectifnya sama untuk kesinambungan Politik Orang ISLAM dan kepentingan syiar ISLAM itu sendiri..

TGNA tidak ditohmah teruk..
TGHA ditohmah mengkhianati Pakatan Rakyat..
TETAPI Fahamkah kita Muzakarah Bukan untuk Berpadu dgn UMNO??

isu perjumpaan Gelap pecah waktu Bila??
sebulan selepas PRU2008??
6 Bulan selepas PRU2008??
Fikir baik2!!!

kronologi inilah, yang membuat kalian tidak adil menuduh TGHA..
kalau betul, Muzakarah gelap itu utk bergabung dgn UMNO..
seminggu lepas tu, tentu ada kerajaan PAS/UMNO di selangor!!
atau.. kerajaan PAS/UMNO di terengganu!!!

Sebenarnya.. mereka yang menaikkan isu tidak peduli tentang strategi utk ISLAM..
Bagi Mereka.. mereka hanya memandang PRU13.. kononnya mampu Menghapuskan UBN dengan Tsunami politik PRU12..

Bagi mereka Strategi HANYA SATU..
BERPERANG POLITIK HABIS-HABISAN dengan UMNO BN..

Kita tengok siapa yang rugi??
minyak naik.. gula naik.. harga rumah naik.. semua naik laaa...

kalian memandang sinis sesama bangsa yang beragama ISLAM..
kalian menuduh PAS sudah mula menjadi ASSOBIYAH!!

tetapi tahukah maksud ASSABIYAH dlm Hadis NABI??

ASSOBIYAH itu menolong sedara kamu dlm hal kezaliman/penyelewengan..

ASSOBIYAHkah kita bersama-sama mencari jalan untuk kebaikan bersama??

PAS mengajak kembali kepada Quran.Hadis..
sewajarnya bila berhujah.. kembali kepada Quran/Hadis!!

Tetapi.. kalian menuduh/berhujah berdasarkan persepsi semasa!!


lupakah saranan TGNA.. "" kalau UMNO bawa ISLAM, PAS akan bubar serta merta""

adakah kita suka ambik sebahagian, buang sebahagian..
seperti tuduhan kita atau dakwaan kita kepada parti lawan Kita??

Fikir2 laa sendiri dan adillah dalam penilaian kita.

    3 comments:

  1. Nak komen apa ye? Kenyataan Aziz Baru tu den sokong 100%. Tak dapek nak sanggal doh.

  2. ente tak baca abis ke article ana??
    hehehe..

  3. la la la la la la la.... saje jer nak antar komen kat posting ini... keh keh keh keh...

    la la la la la la la ( menyanyi )

    kikikikikikikiki