AdukaTaruna: Sedikit Ulasan kepada Dia dan rakan seangkatan.

Assalamualaikum.

Rasanya sungguh hebat fenomena yang dicetuskan oleh Si ADUKATARUNA (AT) ini. dengan tidak semena-mena, wajah yang disembunyikan untuk privacy menjadi bahan berita dan diburu seperti paparazzi. Dengan kebijaksanaan Gen Melayu beliau, akhirnya berlaku juga kekhilafan dan kesilapan yang memakan diri.

Sebenarnya aku tidak mahu sentuh pasal batang tubuh AT ini. Cukuplah apa yang diharunginya dan semoga dengan segala kejadian yang telah berlaku menjadi pemangkin bagi dirinya untuk insaf dan kembali kepada Jalan yang Benar!!

Biarlah kesalahan lepas dimaafkan, semoga beliau berubah. Sekiranya tidak, ALLAH yang maha adil akan menentukan Hukuman baginya sama ada atas sebab manusia menimpakan masalah atau hal2 lain yang tidak tahu puncanya nanti.

Tujuan AKu menulis ini adalah untuk MENEMPELAK rakan-rakannya yang bangkit dengan emosi agresif untuk mempertahankan kewajaran AT dikeji dan ditempelak oleh pengomen2 dan pengkritik2 AT.

Rakan AT mempersoalkan kenapa bila isu AT menghina sultan, baru berani mengeji dan mengkritik AT. Kenapa tidak ketika AT menulis article yang menimbulkan Fitnah dalam articlenya pada bulan september (jika tidak silap aku). Article tentang sembang Mazhab dan Siti Aisyah RA.

Tidakkan rakan-rakan AT kembali kepada article2 lama, berapa ramai yang keji dia, hina dia, nasihat dia menggunakan ayat2 yang tidak sepatutnya terhadap mazahab2 dan Siti Aisyah. Muawiyah, dan Saidina ALi??
bukankah aku sudah menasihat dengan bahasa yang baik.

Ya. Sudah tentu anda, rakan2 AT sudah menasihat tetapi AT tak nak mendengar, apa yang boleh dibuat??
Kenapa rakan2 blogger AT tidak menghentam AT melalui Blog Mereka??
Kerana persahabatan?? ukhuwah MUSLIM??
Kenapa bila AT ditahan, baru keluar istilah YANG BENAR TETAP BENAR, YANG SALAH TETAP SALAH??

Kenapa rakan2 blogger seperti zainulfaqar, bakaq hak (penarik Beca), baganutama, C++, edyesdotcom, pinkturtle, malaysiawave, perisikrakyat, xenanhu dan banyak lagi tidak menekankan istilah YANG BENAR TETAP BENAR, YANG SALAH TETAP SALAH??

Di mana ustaz Wan JI, yang terkenal dengan majaz dan sebagainya semasa article ini AT keluarkan??

apakah kerana AT ini satu aliran, mereka lupakan untuk nasihat/hentam dalam blog mereka?

tetapi bila AT menghentam Pimpinan PAS terutama TGHA . maka berlingkaranlah link sesama mereka??

Kelakar Bukan?? Kalian perjuangkan YANG BENAR TETAP BENAR, YANG SALAH TETAP SALAH, tetapi kenapa tidak lakukan on the first place??
Kenapa tidak ditumbuknya AT semasa mengeluarkan article itu??
Kenapa Tidak bergaduh demi maruah Isteri RASULULLAH??
Bukankah itu ukhuwah ISLAMIYAH Supaya AT tersedar??

Cuba refer link ini http://sp4n4r.blogspot.com/2009/10/berbicara-tentang-politik-sehingga-lupa.html

Bukankah kami dari jauh sudah menasihat??
Bagaimana anda yang menjadi rakan Terdekat menasihat??

Kalian marah respon pengomen yang emosi.
Tetapi itulah hakikat, kalian boleh salahkan orang luar, tetapi adakah kalian melakuakan perkara yang sepatutnya sebelum ini?

Kalian boleh bekerjasam kononnya untuk PAS REFORM, tetapi bolehkah bekerjasama untuk AKHLAK reform ?? kalau kalian mengaku kalian sekumpulan anak muda tunggang langgang, reformlah ke arah lurus. jangan Jadi alasan, kami tunggang langgang kerana bosan sandiwara ulama su'.

Aku hanya mengungkai perbuatan kalian supaya kalian sentiasa beringat.
Aku tahu aku tak sempurna, aku ada salah. tetapi sebagai seislam, wajib diutamakan syiar ISLAM itu, bukan syiar Akal sahaja.
Sebelum ini, nasihat aku, hujah aku diperli dan sebagainya. Aku tidak kisah itu, bukan aku yang mengubah hati kamu. Aku mungkin boleh jadi penyebabnya jika ALLAH benarkan. jika tidak, itu hanyalah usaha aku. AKu tidak merasa sia-sia.

Cuma harapan aku yang melihat dari jauh,
kalian punyai akal cemerlang, punyai skill cemerlang, tetapi alangkah baiknya kalau kita menumpukan ke arah pembentukan Akhlak yang cemerlang dan mengorak langkah supaya ISLAM juga cemerlang.


ALLAHUAKBAR!!

    4 comments:

  1. Ciri ciri keislaman melalui nilai politik.

    Ayat dari SFH yang ambe ingat lebih kurang, sejak dari TKO version 6 rasanya... :)

  2. hehehe.. pandai mung korek citer lama.. wakaka

  3. Dengar keluhan rakan AT di blog hamba. Usah melenting tapi cuba selami maksud sebenar.

  4. kita tak perlu melenting.. kita perlu ambik iktibar.. itu aje..