Komen untuk Prof Aziz Bari: Part 2.

Assalamualaikum,

Article ini adalah sambungan dari sebelumnya. Aku bukan nak berlagak pandai dari Professor Aziz bari. Tetapi sebagai meraikan kebebasan bersuara, Aku berhak berhujah kerana pada pandangan aku, Professor Aziz bari tidak adil dalam membuat ulasan kepada TGHA. Seperti beliau terlalu emosi atau seperti ada sesuatu menyucuknya dari belakang..
Jika beliau boleh membuat dakwaan tanpa fakta2 kukuh, aku boleh membalasnya juga berdasarkan teori2 semasa juga.

Part 1: part aku mencungkil isi2 yang dinyatakan professor Aziz bari.

Part 2; part aku untuk berhujah melawan isi2 dakwaan beliau satu persatu.


1. Professor Aziz mendakwa TGHA kurang karisma kerana pernah kalah dan terkial-kial hendak menang di Parlimen Marang.
- Bila Prof membuat point begini, adakah profesor aziz bari Ini lupa yang Lim kit siang, TG Fadhil juga pernah kalah. Tetapi apakah point ini diguna pakai untuk menunjukkan tiada karisma Lim Kit siang dan TG Hj Fadzil ?? Sebaliknya, lim Kit siang Kalah, tak pula jatuh karisma.. adilkah point begini?
- Tidakkah Professor Aziz bari melihat Fakta, walaupun terdapat Berek Polis Baru Yang paling besar Di Terengganu terletak di Marang ketika PRU2008. TGHA masih mampu menang Kerusi Parlimen??

2. Professor Aziz Bari Mendakwa TGHA dikelilingi penasihat Low class dan Kroni. Selepas Dr Syed Azman melepas jawatan sebagai setpol, kewibawaan TGHA nampak lemah.
- Penasihat Low class dan Kroni?? Ape ukuran low class?? Sebab tidak membantah cakap TGHA? Siapa Kroni? Timbalan Presiden Yang Dipilih semasa muktamar adalah kroni? Perlantikan Dato’ Mustapha Ali sebagai setiausaha adalah perkara biasa yang menjadi Presiden. Beliau memilih dgn siapa beliau boleh bekerja dgn berkesan.
Lagipun Kemampuan Dato’ Mustapha Ali dlm menangani media telah lama terbukti, atau ini yang mahu dipertikai??




3. Tidak Bertempur dengan Idea, hanya Bersifat Gedebe.
- Di mana fakta Professor Aziz Bari tentang dakwaan beliau ini. Apakah yang Dibawa PAS,? Idea ISLAM!!.
- Bila mana beliau mebandingkan dgn TGNA, DSAI dan Lim Kit Siang. Apa Idea ketiga-tiga Tokoh Ini? Ada exquisite Idea dari Mereka Bertiga? Jadi , bagaimana Profesor boleh membandingkan karisma dlm konteks ini?
- Idea Sept 16, jatuhkah Karisma DSAI pada pandangan Prof Aziz Bari tetapi Idea UG oleh TGHA, bagaimana? Kenapa idea ini disalah tafsirkan??. Penerangan demi penerangan dilakukan, tetapi masih ada yang keliru? Kenapa? Kerana masih ada pemimpin pertengahan PAS yang masing2 tidak tahu menghormati adab2 dan disiplin jemaah dengan mengutamakan Idea Presiden atau Ketua Jemaah.
- Jika kita Lihat di Zaman Saidina Ali menjadi Khlaifah.. Saidina Ali tidak bijakkah? Saidina Ali tiada Karismakah sehingga ada pergolakan?
- Sepatutnya, Profesor Akademik seperti Aziz Bari boleh menguatkan hujah dengan fakta2 dan contoh2 munasabah, tetapi di mana contoh2 beliau bawa dlm rakaman video ini??


4. Prof Membandingkan Dengan Lim Kit siang, DSAI dan TGNA.
- cukup, 3 isi diatas sebagai Hujah


5. Bila TGHA buka Mulut, Hilang Stim. Mengandaikan Idea TGHA bukan yang Asli, Idea mungkin hanya disumbat
 Betulkah Bila TGHA membuka mulut, tiada kesan? Atau pemimpin bawahan jadi besar kepala?
 Mengapa sebagai Academician, Professor boleh membuat telahan tanpa fakta? Hanya bercakap atas dasar emosi atau apa?


6. Tiada Peluang Kedua dlm politik.
- Kesalahan macam mana yang membolehkan tiada peluang kedua? Salah strategi, berlaku rasuah? Politik wang atau kronisme.. Professor tiada terang, apa kesalahan TGHA. Jika Persepsi rakyat berubah, persepsi adalah pembolehubah, Masa boleh mengubati dengan penerangan Berterusan dengan syarat, semua pimpinan berhenti menyalahkan sesama sendiri.



7. Tak Layak Berunding Dgn UMNO kerana kurang Daya Intelek..

- Sungguh Bijak, Academician Bertaraf Professor menilai intelek yang abstract tanpa mendekati TGHA. Jika betul kurang daya intelek Kurang, apakah ciri-cirinya?
- TGHA tak dapat mengenal siapa musuh dan siapa lawan?
- TGHA tak dapat Mengenal pasti antara kepentingan ISLAM dan Kepentingan Politik?
- Professor hanya membuat dakwaan peribadi, bila membuat dakwaan peribadi, yang mana peribadinya adalah seorang academic, perlula mengeluarkan ciri2 tertentu supaya dakwaannya ada kena mengena. Kalau hanya berkata-kata, pada pendapat saya, dia tiada kebijaksanaan intelek, TETAPI lupa menyatakan indicator apa yang kurang intelek, ini lebih menunjukkan cacatnya dakwaan Proffessor Aziz Bari.



Aku rasa cukup sekadar itu dahulu, Isi2 seterusnya, tak sanggup aku menulis bila melibatkan TGNA dan pimpinan tertinggi PAS yang lain.

    2 comments:

  1. Kalau atau memang, itu bukan ukuran karisma. Ambe setuju apa deme tulis tu bila menyentuh bab karisma ning..

    Ambe kata, hadi awang memang takde karisma, sebabnya dia ada penyakit "sindrom microphone". keh keh khe keh keh....

    pantang dapat mic, terus terjah. :)

  2. hehehe..
    kalau mung ghoyat.. dakpe boh..
    tadok pengaruh besor.. pengaruh sket je.. wakakaka..
    kalu Aziz bari ghoyat.. besor.. sbb kes PERAK.. media PAS sandar pada dia.. hehe..

    macam harapkan pagar.. pagar takde pintu.. wakakaka..