Syariatullah dan Sunnatullah. part 1

Assalamualaikum.

aku terdetik untuk berbicara Dua Perkataan ini, Syariatullah dan Sunnatullah.
Dalam sudut berbahasa,

1.Syariatullah: Syariat ALLAH, iaitu hukum-hakam yang ditetapkan Oleh ALLAH dalam Al-Quran dan melalui Nabi Muhammad SAW.

2.Sunnatullah: Hukum-hukum Alam yang ALLAH tetapkan untuk dunia semesta ini. Dan Hukum ini tiada ALLAH jelaskan secara terperinci dalam Al-Quran. Kebanyakan ilmu tentang ini, Allah tinggalkan persoalan untuk dikaji. Secara Amnya, sunnatullah ialah hukum saintifik dan amal logik bagaimana alam ini bergerak.

SYARIATULLAH dan SUNNATULLAH

Umumnya, umat ISLAM kini mendahului dalam syariatullah tapi gagal dalam mematuhi Sunnatullah!!
Untuk berjaya di Dunia dan Akhirat, kita perlu mematuhi hukum syariat ALLAH dan Hukum Alam ALLAH.

Contoh:

1.Mahu berjaya di Akhirat: hendaklah beriman dan Beramal Soleh.

2.Mahu berjaya DI Dunia sebagai ENgineer: Hendaklah mengetahui asas2 Ilmu dan menguasai pelbagai Disiplin ENgineering, justeru baru mampu bertindak sebagai ENgineer.

3. Mahu menjadi Engineer yang berjaya Di Akhirat dan Dunia: Hendaklah Dia mengamalkan syariat ALLAH semasa menjadi ENgineer dan ilmu untuk enginering dipelajari setingi-tingginya supaya tiada dapat melakukan kesilapan dalam melaksanakan kerja-kerja kejuruteraanna.

contoh 1; contoh mengikuti Syariat Allah
Contoh 2; contoh mengikuti Sunnatullah
Contoh 3: Contoh mengamalkan kedua-duanya, Syariat Allah dan Hukum Alam ALLAH.

Kembali kepada Dunia realiti kita!!
Bagaimana mahu berjaya dalam bidang Agama??
Bagaimana mahu berjaya dalam Bidang kedoktoran??
Bagaimana mahu berjaya dalam Bidang Politik??
Bagaimana mahu berjaya dalam Pilihanraya ??


tepuk dada, tepuk dahi,
cukupkah Iman? cukupkah Usaha??


ALLAHUAKBAR..

ada masa; aku menulis semula

    0 comments: