Isu Nama ALLAH: Ulasan TG Harun Din



Salam,

Video ini menjadi kontreversi kepada sebahagian Ahli PAS. sehingga Ada ustaz PAS sendiri menggelar TG Harun Din sebagai Ulama Kepala Lutut.

TETAPI Cuba perhatikan setiap perkataan dan tutur kata TG Harun Din dalam Video ini.

Kenapa TG Harun Din kata kufur??

Kufur bila menyokong Gereja Menggunakan Kalimah ALLAH.
Kata TGHD, sokong seperti menolong, Bila kita sokong Gereja/Heralds menggunakan kalimah ALLAH, sepertinya kita menolong mereka menyekutukan Nama ALLAH. Jadi, perkara ini adalah dilarang sama sekali dalam ISLAM, menyokong Menyekutukan ALLAH.

Itu Hujah TGHD.. tiada salahnya. Cuma dalam video ini, TGHD tidak ulas tentang kebenaran untuk The Heralds menggunakan Nama ALLAH.

Sokong dan Benarkan dua perkara berbeza.

Setiap yang mengaji agama perlu kepada Kefahaman bahasa dan setiap perkataan.
Amat malang, sekiranya belajar Agama sampai Ke deoband, india dan pakistan tetapi tidak mampu membezakan antara Sokong dan Benarkan.

Kesimpulannya: tiada perselisihan yang besar dalam pendirian TGHD dan pendirian PAS pusat dalam isu ini.


ALLAHUAKBAR!!!

    0 comments: