Antara Kawan Dan Lawan.. Suka dan Benci

Salam.. kepada diriku .. kepada yang mungkin membaca..

Perhubungan kita di dunia ini tidak lari dari dua entiti. Kawan dan lawan.
Kawan, adalah sahabat kita, yang dekat dengan kita, yang mungkin menolong kita.
lawan, adalah seteru kita, yang selalu bertentang dengan kita, yang cuba mungkin menghapuskan kita.

Begitu juga senario hidup di dunia ini. Dunia aku , dunia kamu dan dunia kita.

Dalam Dunia Aku.
Aku ada banyak kawan. aku tak tahu siapa lawan sebenar aku. Lawan haqiqi aku adalah SYAITAN yang direjam.
Namun dalam aku berkawan, sungguh susah untuk merubah kawan. Susah juga menasihati kawan.
ada kawan yang terbuka, mudah dinasihat.
Ada kawan yang keras hatinya, bila ditegur, kita pula disalahkann.
Ada juga kawan yang tiada pedulikan orang lain, kita mahu bekerjasama, tetapi mereka pentingkan diri sendiri.
Dalam dunia aku, aku serba salah bila pertembungan prinsip dengan kawan.
Mahukah aku berlembut? Mahukah aku terus berteguh...??
Kadangkala.. sakit kepala aku.. kenapa aku dalam dilema?
Tidak bolehkah aku hidup tanpa lawan dan kawan??
namun itu, bukan fikiran realiti..
Di dunia realiti, mana mungkin menidakkan kewujudan kawan atau lawan..
Dunia realiti adalah dunia yang bercampur. di sana ada kawan, di sana juga ada lawan.
Yang boleh aku memilih ialah siapa kawan dan siapa lawan aku.
Hanya itu pilihan aku.

DUNIA KAMU?? aku tidak tahu..

Dunia KITA???
Dunia kita adalah perkongisan antara dunia aku dan kamu..
DUnia kita menghimpunkan banyak cerita.. ada yang sendiri, dan ada yang berkumpulan..
Di Dunia kita.. Siapa kawan dan lawan dalam POLITIK??
Di Dunia Kita.. Siapa kawan dan lawan dalam urusan ISLAM??
Di Dunia kita.. Siapa kawan dan lawan kita dalam Urusan KEADILAN Sejagat??

Tapi.. mahukah kalian berfikir tentang ini??
Mahukah Kalian mengkaji urusan dunia ini??
Mengkaji siapa Musuh.. siapa Sahabat??
DI mana sempadan kawan.. mana dia sempadan lawan??

Mengapa kita meninggalkan ajaran ISLAM dalam Urusan kawan dan lawan??
Sebagai ISLAM.. siapa lawan siapa kawan kita?
Sebagai Rakyat.. Siapa lawan, siapa lawan??
Jika PAS.. Siapa lawan? siapa kawan?
Bolehkah kita guna kedua-duanya??


fikir-fikirkanlah kepada yang mahu berfikir...

    0 comments: