Media alternative: betul-betul berpengaruh atau indah khabar dari rupa??

salam,

aku terasa nak memberi pendapat aku tentang media alternative untuk propaganda politik masa kini.

Menurut Blogger Mat saman kati(ureka.asia@ perak express) dan Topeng perak (perisik Rakyat) , media ni memainkan peranan penting..
tanpa blogger, Pakatan rakyat susah nak menang..

bagi aku, ada betul dan ada kurang..

pada satu fasa, media alternative ni memang ada memangkin untuk menarik pengundi tetapi akan berhenti pada satu tahu tahap..

kenapa??

1. berapa ramai yang mendapat capaian internet?? orang yang sama atau berlaku penambahan pengguna??
2. mengikut pengalaman aku dalam bidang networking ini, hanya orang sama menggunakan internet untuk mendapatkan berita gossip politik dan idea2 pemikiran.
3. Penyediaan Infra internet tidak menyeluruh ke setiap pelusuk tempat. Jadi, di mana media alternative boleh memainkan peranan??


perhatikan kepada pengunjung2 blog.. adakah anda jumpa pengomen2 yang sama atau berlainan??

alangkah angkuh bagi kita, jika melaung2 kan dengan peranan kita, prestasi politik PR meningkat...

sebenarnya.. peningkatan prestasi politik dan gerak kerja pakatan rakyat amat bergantung kepada sukarelawan2 dan petugas2 kawasan..

Cuba lihat kawasan masing2.. berapa ramai petugas sukarela yang ada??
berapa ramai yang datang usrah??
berapa ramai yang datang mesyuarat untuk gerak kerja??
yang datang mesyuarat pula.. bikin serupa cakap ka??

jangan kita hanya tahu berangan..
takut2 kemenangan lalu hanya fatamorgana di hari panas!!
tanpa usaha.. bayang2 harapan akan hilang...
usah hanya bangga dengan usaha sendiri...

kita berjuang bukan untuk berbangga..
kita berjuang untuk syiar ISLAM..

usah mendabik dada.. kerana aku.. mereka menang..
kot nanti.. malu muka di kemudian hari..
atau mendabik dada untuk mendapat pengiktirafan..
bila menang.. senang nak mintak kerja dan projek..

erm........


ALLAHUAKBAR!!!

    0 comments: