Pendidikan SEKS: punca dan Kenapa

Salam,

Selepas beberapa kes rogol, pencabulan seksual kanak2 dan remaja, kes kahwin kanak2 dan beberapa siri isu seksual. Hangat plak, kementerian wanita dan kemasyarakatan untuk memperkenalkan pendidikan SEKS dalam sistem Pendidikan Negara.

Tetapi kenapa sekarang kes makin menjadi-jadi??
Kurang pendidikan?? Tetapi pendidikan Apa?
Adakah pendidikan SEKS di sekolah2 sebagai satu penyelesaian.

Sebenarnya, Masyarakat terlupa.. terlupa pada Agama, terlupa pada hakikat yang ALLAH gariskan. Masyarakat melupakan ajaran ISLAM, lalu bila datang bencana, mereka cuba mencari jalan penyelesaian dengan cara yang mereka fikirkan akan berjaya.
Padahal.. sebelum ini, ALLAH telah bentangkan segala cara yang komprehensif. Tetapi kenapa mereka enggan mematuhi HUKUM ALLAH..
Mereka lebih suka memilih penyelesaian Model Barat!!
Berjayakan BARAT dari segi Pendidikan Seksual yang kita mahukan??
MIMPI di Siang hari..........!!!

Usah kita memandang jauh..
Dalam pendidikan Asas Fardu AIn, wuduk dan Solat. DI sana terdapat ciri2 pendidikan seks yang sebetulnya.
tidak boleh membuka aurat, tidak boleh bersentuhan sesama bukan mukan muhrim lelaki dan perempuan. Tetapi kenapa pendidikan ini seperti melepas batuk di tangga.
Sekadar untuk peperiksaan, bukan untuk Amalan.??
Sistem pendidikan Apa kita ini??

Alangkah baiknya kita menjadikan pendidikan ISLAM sebagai paltform peribadi bukan sebagai alat untuk bukti certificate di dalam pencapaian Akademik.
Pendidikan kita lupa untuk membangunkan peribadi anggun, sebaliknya menumpukan pencapaian fizikal yang mudah luput ditelan noda noda masyarakat sekeliling.

Ibu bapa sekarang sudah lupa pendidikan Awal fardu AIn, padahal dahulu mereka dididik ibu bapa mengenal halal haram dalam solat.
Mereka sudah terjebak dengan sikap rushing mendahulukan pencarian duit.
Batas2 pergaulan anak2 sejak dari kecil tidak di ambil kira.

Lalu sebagai penyelesaian, kita membiarkan kementerian Masyarakat dan Pembangunan Wanita mencari penyelesaian untuk Kita.
huh.... penyelasaian yang jauh dari saranan ISLAM!!

    0 comments: