Salam,
Aku nak ulas sket tentang isu UG (Unity Government ) ini.
UG (unity goverment) ini menimbulkan satu polimek dalam dan luar PAS.
Asalnya ia adalah lontaran idea TGHH untuk menyelesaikan krisis2 yang negara alami.
Ini adalah rentetan dari peristiwa 16 sept 2008, Isu pengangguran, krisis perlembagaan di Perak, Krisis Kehakiman di Perak dan Krisis kepercayaan kepada Pasukan Keselamatan seperti di PRK kuala Terengganu dan kes S Kugan.
TGHH melontarkan idea ini , pada mulanya untuk dikaji sebagai cadangan untuk solusi semasa, Dan bukan untuk dilaksana dalam masa terdekat.
Namun polimik UG ini bercampur dgn Isu Muqabalah PAS-UMNO pada March 2008 yang hangat diperkatakan pada muktamar 54 di IPOH.
Walhal, dua isu ini adalah berbeza. Namun kerana permainan Politik, Idea TGHH ini terperangkap dgn Isu Muqabalah PAS-UMNO. Yang Mana isu ini menimbulkan Rasa tidak senang hati bagi segelintir pemimpin Utama PAS seperti TGNA, Khalid Samad, Dato Husam Musa dan sebagainya.
Isu ini tiada diperdebat di mUktamar 55 di shah Alam, tetapi hangat selepas press conference TGHH selepas Muktamar.
Soalan Wartawan kepada TGHH memerangkap TGHH kerana soalan ini, TGHH menegaskan Dia berpegang pada Idea itu kerana masih diperingkat Idea.
Selepas Press conference, beberapa hari selepas itu, dlm sidang media yang lain Lim Guang Eng menafikan PAS berbincang dengannya, Syed Husin Juga menafikan PAS berbincang dengan PKR. Manakala Lim kit Siang menafikan perbincangan tetapi bernada memahami apa itu UG sebenarnya.
Hal ini yang menimbulkan ribut dalam PAS terutama Medianya ketika Press conference(PC) itu Kerana mereka seperti percaya TGHH telah berbohong walaupun tidak TGHH tidak menyatakan dengan spesifik siapa yang dimaklumkan tentang UG ini dalam Pakatan Rakyat.
Selepas itu, timbalan presiden Ustaz nasharuddin juga menjawab soalan media dan menyatakan sokongan terhadap Idea UG. Ia juga disokong Oleh Dato' Mustapha Ali yang baru dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru.
Isu ini berlarutan, Bila Kem Kelantan yang Diketuai TGNA juga menyatakan Nada yang tidak Bersetuju dgn Idea UG ini.
SU yang baru Dato Mustafa Ali merayu, semua pihak supaya supaya tidak lagi mengupas isu ini kerana masih lagi di peringkat Idea, rayuan ini juga disambut baik oleh Timbalan Presiden PAS. Namun, dalam satu media yang lain, TGNA menolak isu ini ditutup kerana pada TGNA isu ini sudah menjadi buah mulut dan susah untuk tutup mulut rakyat.
Polimek ini terus menjadi ribut dengan kenyataan sebelah kerajaan oleh DS Najib, Muhyidin Yassin, Hishamudin dan byk lagi pemimppin UBN yang lain.
Isu ini kemuncak bila TGNA dalam satu media selepas mesyuarat EXCO kerajaan kelantan, menyatakan nada seperti Mendesak Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin untuk melepaskan jawatannya SEKIRAnya masih lagi mahu bersekongkol dengan UMNO dengan idea UG ini.
Di sebalik peristiwa UG dan isunya:
Isu UG ini membahagikan penyokong dan pendokong PAS kepada 3 Golongan:
1. Golongan menentang;
Jelas team ini di belakang kenyataan TGNA
2.Golongan Menyokong;
Suara2 menyokong seperti tenggelam dek isu muqabalah.
3. Golongan terbuka;
Golongan ini tiada memihak kepada sesiapa dan percaya pintu rundingan perlu dibuka kepada sesiapa dan segala masalah perlu diselesaikan secara syura dan rundingan.
Namun, dalam pertembungan ketiga-tiga golongan ini, Golongan ketiga juga seperti dilihat pro-UG oleh golongan yang anti-UG.
Masing2, seolah-olah memekakkan telinga untuk mendengar penjelasan dan Character assasination seperti berlaku dalam dunia Bloggers.
Ada yang membandingkan kepimpinan deperti di zaman Tg Fadhil Noor,
dan ada yang seperti terus benci kepada Pimpinan atasan PAS ketika ini terutama kepada TGHH, ustaz Nasha dan Dato' Mustafa Ali.
Ruang penjelasan tidak diterima dan sudah dianggap serong. Krisis ini seperti melambangkan adanya krisis kepercayaan kepada Perwakilan yang dipilih dalam Muktamar 55.
Namun; Jika diteliti, Tokoh2 yang lantang bersuara sebelum Muktamar senyap dan yang paling vokal tentang isu ini adalah TGNA. Tidak ada tokoh2 yang kalah semasa muktamar untuk mengendurkan keadaan dan masing2 hanya memerhati dan berdiam diri.
Sekarang, situasi seperti pertembungan TGNA dengan Pimpinan Atasan PAS. dan ini adalah sesuatu yang tidak baik untuk parti. Tambahan pula TGHH tidak berada di dlam negara untuk menyelesaikan isu ini. Orang2 kanannya sudah tidak dipercayai, tengoklah Dato' Mustafa Ali, dan Ust Nasha, suaranya sudah seperti suara perwakilan biasa bukan lagi atas Tugas yang dilantik.
Tokoh-tokoh lain seperti Dr Harun Din, Dato' harun Taib, Tuan Ibrahim Tuan Man, cuba mengendurkan keadaan, namun kesan tidak seberapa. Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayo berdiam diri dan ini bertujuan untuk tidak menabur garam dlam Luka.
Tindakan 10 MP PAS yang menyokong pendirian TGNA juga menggambarkan sedikit lagi ribut di kalangan pemimpin dan penyokong. Ada yang memandang serius dan ada yang terbuka dengan tindakan ini kerana kita dalam dunia demokrasi.
Sebenarnya, Jika kita semua kembali kepada Quran dan sunnah, amalan sahabat dan tabiin serta ulama2 muktabar, semua kita yang berada dalam krisis ini tidak akan pergi sejauh ini. Namun itulah kuasa ALLAH, untuk menguatkan lagi jemaah ISLAM, kadang2 simpulan yang ketat perlu dilonggarkan dahulu sebelum menguatkan Lagi Ikatan Simpulan tersebut selepasnya.
TGNA betul dengan hujahnya.
TGHA betul dengan hujahnya,
Bila mahu mencari jalan terbaik, perbincangan diadakan dan syura menjadi hakim dalam isu ini.
jangan Kita yang di bawah, terlebih sudu dari kuah. Ikutlah syariat ISLAM dalam hidup seharian kita.
Jangan Kita pisahkan Amalan ISLAM dalam hidup kita baik dalamm ibadat, urusan politik dan urusan ummat sejagat.
PRK Kimanis: BN kekal, Dr M kata PH kerajaan sepenggal
-
Oleh : Mohd Shuhaimi Al_Maniri Saya tidak pasti, kemenangan BN ini kerana
rakyat telah muak dengan politik janji manis PH dalam pilihanraya umum 14
yang la...
4 years ago
0 comments:
Post a Comment