CONSPIRACY THEORY: ULAMA vs PROFESSIONAL

Bila memerhati, membaca dan meniliti laporan akhbar2, blog serta forum2 Maya yang discuss pasal PAS ni, semakin hari semakin kuat hati aku berteori konspirasi.
Bila sebut perkataan ni: CONSPIRACY THEORY, aku ingat citer hollywood yang tajuk macam ni gak. pelakonnya MEL GIBSON dan Julia roberts, kalau tak silap aku.
Mula2nya, hero berteori je berdasarkan keratan akhbar dan cebisan ingatan lampaunya, rupa2nya teori dia itu betul. huhuhu...

lately, PAS yang sudah mendapat sambutan hangat semasa PRU12 telah dilanda masalah kemenangan. Terutama dalam kemelut melayu dan ISLAM.
Orang Melayu ni, kalau takda cantas mencantas, dengki mendengki, macam tak sinonim dengan Melayu. Tak kira sama ada dlm UMNO, PAS atau keadilan. hehehe.
When it come to POWER, everything is used to achieve the ULTIMATE GOAL.--WIN the POWER--

Apa yang buat aku bimbang ialah fenomena dalam PAS.
Yang bagi aku ketika ini, wadah yang sesuai utk perjuangkan ISLAM dalam konteks Mendapatkan kuasa Politik ISLAM dalam Sistem Demokrasi.

Dalam PAS sekarang, seakan-akan ada pertembungan PROFESSIONAL vs Ulama.
Seperti ada tangan2 di belakang tabir memainkan peranan dalam pergolakan ini. tidak kira dari dalam atau luar PAS itu sendiri. Yang paling ditakuti, Tangan di dalam dan dibantu dengan tangan di Luar PAS.
Kebimbangan aku berdasarkan Point2 berikut:

1- Pertembungan Istilah profesional vs ulama dalam Muktamar 55.
2- Pertembungan Golongan ini sekali lagi dalam Isu Unity Government.
3- Isu habuan sokongan yang dihighlightkan oleh mantan Ketua Dewan Ulama, Ustaz Mat Iraq.
4- Bila TGNA menegaskan PROFESIONAL dan ULAMA adalah turus PAS. TGNA sangat bijak dalam memelihara PARTI dan tindakannya dihormati Ulama dan professional.
5- Bila TG Ahmad Awang menasihati Dewan Pemuda supaya tidak mengikut emosi dalam isu Profesional vs Ulama ini semasa Muktamar 55.

itulah adalah beberapa point yang bermain di minda aku dan tercetusnya tentang teori konspirasi.. hehehe..

Supposely, aku tak patut ulas benda ni, sebabnya, this matter is something beyond........ hehe.

Character Assasination jelas sekali, ramai blogger yang menyerang institusi Dewan Ulama PAS,
Ulama PAS digelar bodoh, tak bijak, boroi, ketua Poligami dan sebagainya.

Memang tak dinafikan, ada Ulama yang karismanya boleh dipersoalkan, Namun tidaklah boleh kita membenam dan menyerang satu organisasi.
Umpama bencikan nyamuk, kelambu dibakar.

Aku takut, ini adalah strategi untuk menukar kempimpinan dalam pemilihan akan datang. Strategi yang terlalu berbahaya jika tidak mengikut lunas2 ISLAM.

Sebenarnya Kita salah Faham tentang slogan " KEPIMPINAN ULAMA".

KEPIMPINAN ULAMA ialah kepimpinan yang menjiwai perjuangan dan pengetahuan Ulama.
Kepimpinan yang berteraskan tarbiyah ISLAM agar IMAN sentiasa mekar di hati Jemaah ini.
Kepimpinan Ulama bukan menunjukkan Presiden adalah Ulama.
Kepimpinan Ulama bukan Tim Presiden adalah Ulama.

Kepimpinan Ulama ialah kepimpinan yang berintegrasikan Ilmu Agama dalam urusan kepimpinan.
Ini kerana kita tidak boleh lari dari halal, haram, harus dan sunat dalam setiap perkara kehidupan Kita.

Dan dalam Urusan ini, hendaklah kita kembali kepada yang arif tentangnya iaitu Ulama.
Sesiapa sahaja boleh memimpim PARTI ISLAM tetapi hendaklah dia kekal dengan ilmu2 Agama yang ditegaskan oleh ulama.

aduh.. malas plak nak tulis lagi.. tapi itu sekadar coretan yang bersarang di dalam minda.
CONSPIRACY THEORY...

    0 comments: