lupakan dulu politik tanah air sementara..

Aduh..

hidup ini penuh pancaroba.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..
Tengok orang yang susah, letakkan diri kita di situ.. huh.. rupanya lagi berat dari yang dilihat pada mata kasar..

Sejak jadi bapa, yang sebelum itu jadi suami.. tanggungjawab semakin bertambah..
liku2 kehidupan makin bertambah..
Warna2 hidupku kian bercampurbaur..
kadang2, warna pelangi.. kadang warna awang membawa ribut..
Iklim hidup berubah-ubah seperti berubahnya iklim dunia..

Kehidupan perlukan pengorbanan..
Pengorbanan tidak menjanjikan kesenangan..
Tetapi pengorbanan menunjukkan tanggungjawab..
Pengorbanan takkan dapat memuaskan hati sesiapa selagi masih hidup..

Jika pengorbanan ingin dibalas, hati akan sentiasa mengemis imbuhan..
Jika pengorbanan kerana Allah. hati itu mahu bahagia Abadi di Dunia tanpa mati..

Aku menulis untuk memujuk hati,
Aku menulis untuk menasihati hati,
Aku menulis untuk menunduk hati,
Aku menulis supaya aku tulus hati,

Sesungguhnya Benarlah ALLAH,
Sesungguhnya Benarlah Muhammad Rasul Allah,
Sesungguhnya benarlah AL-Quran Kurnian Allah,
Di dalam diri ini tanda kebesaranNYA..
Di dalam Diri Ini, tanda WujudNYA yang Maha Esa,

Jika Hati sendiri tiada dapat dikawa..
Jika Sedih hati tiada dapat dikawal..
Jika Gembira hati ini tiada dapat dikawal..

Maka Benarlah.. Kita ini Hanya makhluk..
Hati sendiri pun tiada dapat dikawal..

    0 comments: