Selepas kemenangan Besar PRU12 pada 8 Mac 2008, PAS dan sekutu dalam pakatan rakyat mengecapi kejayaan dengan menafikan BN kemenangan 2/3 parlimen.
Mulanya sebelum PRU12, PAS, PKR dan DAP hanya bekerjasama dlm meletakkan calon2 mereka supaya tidak berteembung sesama sendiri dan menumpukan 1 lawan 1 dengan seteru politik bersama, BN. Kerjasama ini membuahkan hasil dan kesannya selepas itu, PAS, PKR dan DAP menubuhkan barisan pembangkang yang dinamakan PAKATAN RAKYAT.
Sesungguhnya, secara jujur dari pandangan neutral pada pemikiran saya, pakatan rakyat berdiri dalam keadaan rapuh dan amat sensitif terutama antara DAP dan PAS. Yang mengikat Kerjasama ini ialah PKR dan Ikon Reformasi Dato Sri Anuar Ibrahim.
Hubungan DAP dan PAS umpama minyak dan Air di dalam gelas. Boleh duduk bersama tetapi tidak boleh bersebati.
Kerjasama PAKATAN RAKYAT adalah atas dasar keadilan bersama, menentang Rasuah dan Kerajaan yang telus dan bersih. Dan di atas paksi inilah, PAS dan DAP boleh duduk semeja. Dan atas dasar ini, mereka mengambil pendirian untuk tidak menguis isu2 parti yang ada dalam PAKATAN RAKYAT.
Tambahan pula, bila terbentuk kerajaan Pakatan Rakyat di PERAK. Isu2 internal DAP dan PAS tidak dibincangkan secara meluas dan terbuka untuk mengelakkan berlaku pergeseran dlm PAKATAN RAKYAT. Perak menjadi benchmark kerjaan PAKATAN RAKYAT. Namun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
PAKATAN RAKYAT Perak hanya sempat bertahan selama 11 bulan apabila Berlaku satu peralihan Kuasa yang aneh, jelik dan Menggelikan berlaku dan berlakulah drama politik yang mengecewakan ramai penyokong PAKATAN RAKYAT.
Dalam sejarah PAKATAN RAKYAT yang baru setahun lebih ini,
ia diuji dengan peristiwa 16 september, Rampasan kuasa di Perak dan yang paling baru isu Kerajaan Perpaduan ( Unity Goverment) Yang diutarakan Oleh TG Haji Hadi Awang.
16 sept tidak begitu menggoyahkan kerana itu Isu Dato Sri Anuar Ibrahim dan PKR.
Namun isu UG ini, yang diutarakan TGHH, telah menyebabkan satu gelora berlaku, di dalam PAKATAN RAKYAT dan PAS sendiri. Ianya memuncak Bila berakhirnya Muktamar PAS yang ke 55 di Shah Alam, selangor.
Kita tidak tahu apa gelora ini?, mungkin untuk membentuk pantai utk bertambah indah. Atau Datangnya memusnah sebuah jambatan.
Dan dari hati kecilku, aku berharap ia seperti mengindahkan pantai yang akan menarik lebih ramai hati2 yang cintakan kedamaian dan ketenangan.
PAS sebuah parti yang perjuangkan Dasar2 ISLAM sedang dilanda badai...
PAS sekarang di landa angin fitnah...
Siapa bersalah? siapa Betul?...... soalan datang bertalu-talu..
Namun jika ISLAM yang dipegang, jawapan sudah pasti ada dengan Hujah Quran dan Sunnah!!
Tetapi, Ingatkah PAS dan Ahlinya pada tali2 yang dijanjikan RASULLULLAH ini?
ISLAM itu tinggi. Tiada yang tinggi selainnya...
Dan syaitan itu berupa-rupa, membuat janji2 manis di dunia,
Membisikkan insan supaya lupa akan akhirat..
Ingatlah, ini dunia akhir zaman,
Dunia tanpa sempadan,
Janji syaitan Lebih manis dari janji ISLAM..
Dunia diutamakan, akhirat dilupakan..
Jika tiada berpegang pada Al-Quran,
sedarlah INSAN, mudahnya kita sedang dipimpin SYAITAN!!!!!!!!!!!!!!!!
NAUDZUBILLAHIMINZALIK..
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!
Kabinet Ismail Sabri tiada kejutan?
-
Teka-teki kabinet Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob
berakhir apabila beliau mengumumkan pembentukan Kabinet pada Jumaat 27 Ogos
2021...
3 years ago
0 comments:
Post a Comment