Padang politik Malaysia.

susah sangat nak faham, Kita umpama Politik Malaysia ini sebuah padang Bola.
Siapa yang menang dapat menggunakan padang hingga ke perlawanan seterusnya...

Metaphores:

Sempadan padang di buat oleh pemenang sebelum Ini..
Pengadil yang dilantik oleh Agong dengan dipengaruhi Penyedia padang.
Penjaga garisan dipengaruhi Pemenang sebelum Ini....
Urus setia dipengaruhi orang2 Pemenang sebelum ini...
Dua pasukan sedang berlawan... Pemenang sejak dari dulu lawan pasukan bercampur2 pemainnya..

Jadi.. Macam mana pasukan lawan mahu menang?
bagaimana Mahu menukar pengadil?
Bagaimana mahu menukar ukuran padang?
Bagaimana mahu penjaga garisan yang Adil?
Bagaimana mahu urus setia yang bebas??

Nak menentang secara Keras.. dilayan kad merah, keluar padang,
Menentang secara vokal... Dilayan kad kuning, kena amaran,
Jadi Bagaimana mahu menang?..

Di satu perlawanan yang terkini..
pasukan lawan berjaya menidakkan kemenangan Multak pemenang sebelum Ini, Jika sebelum ini, Pemenang berjaya kuasai seluruh padang, sekarang mereka hanya mampu berkuasa dalam setengah padang sahaja...

Lawan yang biasa kalah ingin menumpaskan pemenang sebelum ini...
tetapi bagaimana Ya? Pengalah sebelum ini adalah hasil gabungan tiga team yang selalu dibelasah dan dipermainkan..
Namun, akhir2 ini, penonton banyak masuk campur supaya permainan itu telus dan bebas..

---------------dan itulah situasi politik Malaysia sekarang-------------------

PERSOALANNYA: bagaimana mahu menang Jika pentas masih lagi dipengaruhi anasir lawan?
bagaimana mahu membebaskan Pentas ini??

Bekerjasama? tawar menawar? ajak penonton merusuh? terus lawan tanpa pedulikan suasana?
Atau berpadu untuk mengelakkan kekacauan dan secara halus menukar pengaruh di luar padang???

Anda FAHAM???...........

    0 comments: