Gelora akhir-akhir ini di dalam PAS masih tiada noktah.
Dan Sesuatu yang berlaku pasti ada Hikmah, pengajaran dan Teladan yang Boleh diambil.
PAS, sebuah parti Politik berteraskan ISLAM tidak lari daripada mengalami krisis dan dugaan.
Sejarah juga membuktikan, Perjuangan ISLAM tidak boleh lari dari dugaan dan rintangan.
Nabi Muhammas SAW menghadapi dugaan yang Lebih Besar di awal perjuangan.
Saidiana Abu Bakar Assiddiq juga sama.
Saidina Umar juga menghadapi krisis,
Saidina Utsman juga berdepan krisis.
Saidina Ali juga berdepan krisis.
Sedarlah sahabat, Kembali kepada ISLAM, kembali kepada cara sahabat menghadapi krisis.
Kembali kepada Para tabiin berdepan Krisis..
Huh! Jauh plak Intro aku..
Back to the Topic: Iktibar Kekalahan PAS Terengganu.
Kejatuhan Kerajaan PAS Terengganu, pada aku banyak teladannya,
Semasa PAS, jadi kerajaan, aktiviti sosial banyak perubahan, Masjid2 Jadi kunjungan ramai,
Stadium jadi tempat solat hajat, pendek kata aktiviti Bina INSAN banyak perubahan dari zaman BN ketika sebelum itu.
Namun, Kerana royalti minyak ditarik oleh Pusat. Kerajaan Terengganu hilang sumber pendapatannya.
Dan Kerana tindakan Ini juga, penyokong dan sebilangan pemimpin pertengahan bertindak di luar Kotak ISLAM. Bertindak di luar kotak tarbiyah dan dakwah ISLAM.
Sebilangannya cuba membalas atau tidak melayani masalah rakyat yang menyokong UMNO-BN sebelum ini. Politik dendam Muncul dan ini berlawan dengan pendekatan Yang dianjurkan TGHH.
Dan Dalam pada itu, Pembangkang di terengganu, yang dibekalkan dengan Kuasa Wang Ehsan, mula menekan rakyat Terengganu. Mereka menggugut dengan duit ehsan pada orang kampung.
Meraka mengguna modal dan wang Kekayaan hak milik Rakyat terengganu untuk memperbodohkan rakyat terengganu sendiri. Ramai Rakyat yang atas pagar terkesan dan mula berfikir dua kali.
Dan pada zaman PAS inilah, terdirinya sekolah kampung yang besar2. Pagar sekolah yang cantik2 dan banyak lagi kontrak2 pembangunan2 yang lain. Semuan ini dilabel dengan projek Kerajaan BN!!!
Dan lahirlah beberapa orang yang kaya dari permainan Duit ini.
Dan itulah serba sedikit tentang Kerajaan PAS terengganu 1999-2004.
Iktibar:
1. Jika menang sekalipun, jangan kita berdendam dengan Pihak yang kalah kerana itu bukan akhlak ISLAM.
2. Tarbiyah dan dakwah kepada Masyarakat masih belum sampai sepenuhnya.
3.Kekalahan ini dijadikan teladan, bahawa kita perlu sediakan satu taktik/strategi jika menang dan menggunakan strategi supaya Bila Kita menang nanti, Ruang untuk UBN menabur duit itu tiada. Sepatutnya, sekarang kita mendesak Kerajaan Memulangkan royalti dan seterusnya secara black and white menjadikan royalti hak milik Mutlak terengganu.
Dalam konteks Negara,
Kita perlu ambik iktibar Dari Kejatuhan terengganu ini.
Sepatutnya, dalam keadaan sekarang, Di mana Pembangkang dalam keadaan kekuatan meningkat dan UBN lemah, kita boleh mendesak secara halus atau secara berdepan supaya pelembagaan dapat dipinda. Biar pemimpin Kita lakukan apa yang sepatutnya dan tunggulah penjelasan bila samai masanya.. Jangan Kita berlagak sebagai pemimpin, jika tiada setuju kita ada saluran sewajarnya.
USAH Membanding Prestasi Pusat dengan Negeri
Bila dibicara wala' dan thiqah menurut ISLAM, mereka menolak beralasan Presiden tidak bijak.
Bila Mengajak kembali kepada syarak, mereka beralasan itu hanya untuk melindung pimpinan.
Bila Mengajak menunggu penjelasan bila tiba masanya, mereka tidak sabar.
Wala dan Thiqah perlu selagi pemimpin belum lari dari landasan SYARA' !!
Memberi penjelasan Tentang taktik dan strategi bukan untuk tatapan Umum!!
Selagi kita memegang akhlak ISLAM, dasar ISLAM,
Kita perlu amalkan doktrin2 ISLAM ini.
Ikhtilaf pemimpin ada kelebihannya,
Jika tiada ikhtilaf, maka tiada perbincangan untuk pembahasannya!!
Jika TG Nik Aziz berpendapat bertentangan dengan Tg Haji Hadi..
tentu ada ruang perbincangan antaranya..
organisasi matang sekiranya berlaku krisis..
Jangan Kita yang lebih, mengulas itu dan ini, tiada tahu hujung pangkal,
Hanya menyambung cakap orang lain.
hanya bereaksi mengikut rentak pelapor yang entah mana kebenarannya..
Jangan Taksub tanpa sempadan Al Quran dan Hadis..
Peganglah Kedua-dua Quran dan hadis jika mahu selamat dunia dan akhirat..
0 comments:
Post a Comment