Menilai Kewajaran Diri

Assalamualaikum..

sebelum ini.. blog ini cuba mahu menyingkap pemimikiran Adukataruna..
belum sempat mahu mengulas(kerana kekangan masa).. si aduka telah melakukan satu polimek baru dengan kes kononnya Dia dipukul Jemaah Rusila..
lalu membuat report polis..

maka.. blog ini.. tidak cuba meneruskan penyingkapan kerana bukti2 lepas sudah menunjukkan kekurangan hujah di pihak aduka dalam menegakkan idealismenya..

link di bawah ini adalah menunjukkan komen rakan-rakan aduka yang terpesona dengan tindakan aduka hingga membenarkan makian di blog dan cuba mendapatkan fatwa dari aku kononnya maki diblog boleh dibunuh di luar..

http://adukataruna.blogspot.com/2011/01/kawad-cam-samseng-kopiah-jubah-bacul.html


menggunakan aqal tanpa melihat dalil dari quran dan hadis boleh membawa sesat..
rakaman-rakaman ini membuktikan.. cakap banyak boleh laaaaaaaa..
cuba amalkan... hampehhhhhhhhhh..

Part: 1 menyingkap pemikiran..

salam,

sebelum pergi jauh..
Analisis dan data bersandarkan article di blog adukataruna.blogspot.com

article2 tersebut ialah:

1.http://adukataruna.blogspot.com/2010/12/amaran-hadi-jangan-terus-menipu-bab-ug.html

2.http://adukataruna.blogspot.com/2010/12/adakah-hadi-menipu-bila-mendakwa-ug.html

3.http://adukataruna.blogspot.com/2010/12/jika-anwar-ke-penjara-lu-orang-kena.html

4.http://adukataruna.blogspot.com/2010/12/tukar-hadi-awang-untuk-strategi-politik.html


aku bawakana link-link ini supaya kita dapat berfikir dengan adil dan berdasarkan yang telah dirakamkan di blog adukataruna..
maka, quote2 dan tafsiran berdasarkan article2 ini..

aku cuba bawakan perdebatan ini supaya kita dapat melihat..
1.Apakah kita menyokong PAS secara syarie dan ilmiah..
2.Atau kita Menyokong PAS hanya dengan kefahaman keperluan semasa tanpa diberatkan dengan Kefahaman ISLAMI..
3. Disebalik keperluan Strategi.. perlukah kita tinggalkan perbandingan sirah dan Dalil-dalil quran dan Sunnah..??

Menyingkap Pemikiran Adukataruna dan rakan2..INTRO

Salam,
dalam 2,3 minggu lepas, aku selalu menyelak blog Adukataruna dan merakamkan komen dalam blog dia..
hermm... aku mahu menyingkap pemikiran anak muda yang seangkatan dengannya.. walhal.. wa pun anak muda.. hehe..
pergerakan yang dilinkkan dengan task force2013.. hehe.
bab ni.. saya dah merasa lucu..

dulu kaitkan task force 2010 dengan Abdullah Badawi dengan beberapa pimpinan PAS..
sekarang Guna jenama yang sama!!

Macam ada persamaan dan idealogi..
Dulu.. menuduh satu gerakan dengan nama task force 2010..
kemudian diri sendiri menjenamai satu task force 2013 yang lebih kurang namanya..
tak pelik ke??

persoalan: apakah dulu idea konspirasi ni datang dari kem sendiri??


OK.. back to the topic..

sebenarnya.. wa nak menyingkap apakah kefahaman anak muda ini..
mahu ISLAMIC State.. tapi tidak dengan dilengkapi dengan disiplin2 ilmu ISLAM!!
Mahu Islamic State.. tapi lupa dengan cara jalan mana yang diperlukan untuk Membina ISLAMIC state..
Mahu Tukar pimpinan PAS.. Tapi lupa yang mengangkat Pimpinan ialah golongan2 yang cintakan Agama dengan ilmu ISLAM di dada..

kenapa aku buat kerja ini??

kerana ingin menolak hujah-hujah yang berpaksi pada akal tanpa melihat dalil-dalil quran dan sunnah...

kerana.. hujah ini sebagai dakwah ilmiah bagi mereka yang mahu melihat apakah perjuangan ISLAM itu!!

ALLAHUAKBAR!!

Tarbiyah dan Pergerakan

salam,
ana baru balik dari program tarbiyah tarbawi pemuda PAS di Rusila minggu lepas..
Jadi di sini.. ada benda nak tulis nak kata..

1. semasa Di RUsila, ana cukup kagum dan cukup tersentuh hati bila Ustaz yahya Othman memberi ucapan.. sungguh di sana.. masih ada orang2 yang benar dengan kata-kata dan imannya..

ALLAHUAKBAR..

2. Ana membawa rombongan dari kawasan Bandar perumahan Ana.. Dan berazam selepas ini untuk menyumbang diri ini secara serius kepada PAS tempatan tanpa mengira apa..
berjaya atau tidak.. hanya ALLAH tentukan..
dapat sambutan atau tidak.. hanya ALLAH tentukan..

3. Sesungguhnya ramai pejuang2 kita lupa akan Quran dan Sunnah.. kita kata kita mengamalkan politik ISLAM.. tetapi satu ayat Quran mahupun Hadis tak dapat kita sampaikan.. Bagaimana Benar politik ISLAM kita??

4. Sudah sekian lama.. blog ini senyap.. sebenarnya, ana sedang berusaha untuk mendalami bahasa arab dan sedang berusaha membangunkan dan menggerakkan pemuda taman ana.. tiada yang ana harapkan selain redha ALLAH.. jatuh bangun, gembira dan duka.. ana mahu serahkan semua kepada Kekuasaan ALLAH..

ALLAHUAKBAR!!

Mencari Rasa mahu menulis

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Sudah agak lama, aku tidak menulis pada blog ini.
Bukannya tiada idea tetapi malas mengatur jari dan menyusun kata untuk melemparkan barang satu dua buah fikiran..

Kadang-kadang.. aku teraba-raba mahu mengembalikan jati diri ISLAM ke dalam badan ini..
kadang-kadang.. aku terasa teramat kurang dan teramat sia-sia hidup aku selama ini..

Sesungguhnya.. petunjuk ALLAH perlu dicari.. bukan seperti menunggu bulan jatuh ke riba..

akhir-akhir ini.. beberapa perkara yang terlintas di fikiran ku..

1- bagaimana harus kita bangkitkan Syiar ISLAM..
2- Bagaimana harus kita bangkitkan ekonomi Umat ISLAM.
3- Mengapa kita sering memperlekehkan orang lain
4. Mengapa perlu kita melihat lemah orang lain??

alhamdulilah.. akhir2 ini, jiwa ku dekat dengan surau2 dan masjid..
mohon berkekalan amalan ini.
Namun.. sepertinya, kerja aku semakin mula menimbun.. moga2.. aku tidak terlepas dari terus menyintai untuk terus berada di rumah-rumah ALLAH..

ALLAHUAKBAR!!

Ulama Dan Politik

Salam,

Dalam politik Melayu malaysia sekarang..
hangat dengan kemasukan 40 ulama Muda ke dalam parti UMNO..
seperti mana yang PAS laung-laungkan sebelum ini..
POLITIK dan ISLAM tidak sepatutnya dipisahkan..

Alhamdulilah.. sepertinya UMNO cuba menggunakan ahli agama untuk tujuan politik..
Sama ada secara primer atau secondary... itu penghujahan kemudian selepas cerita..
Kemasukan Ulama Muda ke dalam UMNO ini, patut disambut dengan senyum oleh kita yang menyokong perjuangan ISLAM dalam politik.

Usah kita mengorek yang tersirat sebelum memahami yang tersurat dahulu..

tersurat: Ulama muda ini mengaku mahu berdakwah menggunakan paltform UMNO. dan sepatutnya kita bagi peluang dan merungkai secara tersurat dahulu. Usah melatah dengan membuat tuduhan tak tentu hala dan mengikut nafsu semata-mata.

tersirat: banyak yang tersirat yang boleh kita pelajari. Tapi biarlah kita simpan dahulu untuk mengelak fitnah dan dosa yang sia-sia.


bagi ana,
cukuplah kita meneliti yang tersurat dahulu.
usah disibukkan akal dengan mengolah yang tersirat..
jika mahu disibukkan dengan kerja-kerja politik..
marila menjadi sukarelawan untuk menarik pengundi!!



ALLAHUAKBAR!!

Seni bahasa sket..

hendak memanjat nyiur yang tinggi..
tapi apakan daya tiada reti..
hendak memetik kelapa tua,
tetapi galah panjangnya hanya sedepa..



Dalam kepala penuh Idea,
alangkah baik dipagari Budi..
kalau masih tak berjaya,
tak terfikirkah salah strategi..


hehe.. ni wa tuju untuk yang nak buat reform..
ukur baju dulu yea.. wakaka